Kek Hari Lahir Ke-27 Neelofa Berharga RM6 Ribu

Ahmad Shah
Februari 12, 2016 03:08 MYT

Bertuah pelakon dan pengacara Neelofa apabila dapat merasa kek berharga RM6 ribu pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-27.

Kek hari lahir yang dihiasi lebih 3,000 biji batu Swarovski itu dilihat cukup indah apabila dilengkapkan dengan hiasan bunga berwarna ungu lembut dan perak.
Menerusi foto yang dimuatnaik Neelofa di Instagramnya, jelas pengacara MeleTOP itu gembira dengan sambutan hari lahirnya pada tahun ini dan sudah tentu kek tersebut juga amat bermakna buat dirinya.
Kek tersebut yang dibuat oleh Putri Samihah Mohsin mengambil masa lebih 20 jam untuk disiapkan.
Dalam perkembangan lain, Neelofa akan tampil bersama Nabil Ahmad, Datuk AC Mizal dan Jihan Muse pada Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016).
AME 2016 bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Konvensyen Kuala Lumpur (CIDB) pada 28 Februari ini bermula jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Tetapi, jangan lupa untuk terus mengunndi calon top 5 anda di Anugerah MeleTOP Era 2016 kerana lebih banyak anda mengundi, ‘positif meter’ akan bergerak dan selebriti kita akan melakukan kerja amal mengikut pergerakan meter tersebut.
Ingat, satu undian anda bakal membuatkan seribu yang lain tersenyum!
Apa-apa pun jom kita tengok foto kek hari lahir Neelofa yang sama harga dengan sepasang kasut berjenama Christian Louboutin ini:
Kredit Foto/Video: Instagram Neelofa

#Neelofa #Anugerah MeleTOP Era