LAMAN UTAMA

Kek Lemon Loaf | Episod 10 - Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton

Muhammad Ridhwan Roslan 05/03/2025 | 03:36 MYT

Jom ‘check it out’ resepi Kek Lemon Loaf:

Resepi - Kek Lemon Loaf

Bahan-Bahan:
  • ½ cawan mentega (suhu bilik)
  • ¾ cawan gula
  • 2 telur saiz besar
  • 1 ¼ cawan tepung
  • Sedikit garam
  • ¼ cawan Goodday full cream milk
  • ¼ sk baking soda
  • ¼ sk serbuk penaik
  • ½ cawan greek yogurt
  • 1 sk vanilla essence
  • ½ lemon zest
  • 2 sk jus lemon
Cara Memasak:
  1. Panaskan oven kepada suhu 170°C (340°F).
  2. Sediakan loyang pembakar dan lapik dengan kertas minyak atau griskan dengan sedikit mentega.
  3. Dalam mangkuk besar, pukul mentega dan gula bersama sehingga ringan dan gebu (kira-kira 3-5 minit).
  4. Masukkan telur satu persatu, pukul sehingga sebati selepas setiap penambahan.
  5. Tambahkan Greek yogurt, vanilla essence, jus lemon, dan lemon zest. Pukul lagi sehingga sebati.
  6. Dalam mangkuk lain, ayakkan tepung, baking soda, serbuk penaik, dan garam.
  7. Perlahan-lahan masukkan bahan kering ini ke dalam campuran basah secara berperingkat, berselang-seli dengan Goodday full cream milk. Mulakan dan akhirkan dengan bahan kering. Pukul perlahan-lahan sehingga semua bahan sebati.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan dan ratakan permukaannya dengan spatula.
  9. Bakar dalam oven selama 25-30 minit atau sehingga kek keemasan dan jika dicucuk dengan lidi, lidi keluar bersih.
  10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk seketika sebelum dipindahkan ke rak penyejuk.
  11. Setelah kek sepenuhnya sejuk, ia sedia untuk dihidangkan. Anda boleh hias dengan sedikit serbuk gula icing atau potongan buah jika suka.
#Ramadan #Dapur Goodday #Indahnya Lain Macam