Laman Utama

“Kek Paling Tak Sedap, F*** Fazley” – Individu Komen Biadap, Ini Jawapan Balas Datuk Fazley! Epik

gempak
Mya Amri
31/05/2021
02:24 MYT
Sponsor Banner
“Kek Paling Tak Sedap, F*** Fazley” – Individu Komen Biadap, Ini Jawapan Balas Datuk Fazley! Epik
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob membalas komen seorang individu yang memberikan kritikan terhadap masakannya dengan biadap.
Tidak cepat melatah, Fazley bagaimanapun menganggap komen itu sebagai teguran untuk memperbaiki hasil air tangannya di masa akan datang.
“Beginilah, saya yakin beliau berniat baik. Mungkin itu adalah cara beliau untuk menegur saya supaya berusaha lebih baik menghasilkan kek batik tersebut, mungkin juga ianya cara beliau untuk mempromosikan produk tempatan untuk support saya, mungkin juga ianya cara beliau untuk bergurau dengan teman-teman. Saya lebih gemar bersangka baik daripada mengambil hati.
“Saya, seperti dia, gemar memasak. Saya, seperti dia, gemar mencuba resipi-resipi baharu. Saya, seperti dia, gemar merakam video memasak. Dan saya, seperti dia gemar makanan.
“Tetapi saya juga berpegang kepada prinsip saling sokong menyokong semua yang dalam industri yang sama.
“Saya bekerjasama dengan semua tak kira jenama besar atau yang tiada jenama sebab saya percaya dalam rezeki saya sebagai seorang tukang masak, ada rezeki orang lain juga, baik dari segi pembekal, pembungkus, penghantar, pembeli dan semua yang terkait dari titik A ke titik Z dalam proses penjualan makanan,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fazley juga memberi nasihat kepada individu berkenaan bahawa tidak salah untuk mengkritik orang lain namun biarlah secara berhemah, berpada-pada sdan menjaga tutur kata.
“Saya sendiri agak segan untuk mengkritik hasil air tangan orang lain di media sosial. Kerana semua ada citarasa masing-masing kan? Malahan saya sendiri pun masih jauh perjalanan dan banyak yang saya sedang pelajari.
“Prinsip saya tak suka tak apa. Tak sedap tak apa. Biar orang ramai yang bagi pendapat sendiri. Asalkan saya tidak berkongsi apa-apa yang boleh melukakan hati sesama tukang masak atau baker
“Terima kasih buat Fazley Jalal dan rakan-rakan! Semoga kita semua kekal berusaha mencari rezeki yang halal di era pendamik yang sangat mencabar! Fazley Jalal, I’m your fan! I love your videos and will continue supporting you,” coretnya.
Untuk info, Fazley telah menjalinkan kerjasama dengan rangkaian syarikat pasaran kopi popular, Starbucks di seluruh negara.
Antara menu yang diperkenalkan adalah Eclairs Daging Salai Lemak Cili Api, Roti Kerak Gula Melaka, Roti Kerak Pandan, Kek Biskut Batik dan Kek Kuih Ketayap Inti Kelapa Gula Melaka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024