Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Kekal Membisu, Isteri Haqiem Rusli Kembali Kongsi Foto Bersama Tapi Tutup Komen!

Amri Hassan 24/04/2023 | 03:50 MYT

Selepas mencetuskan tanda tanya dengan memadamkam sebahagian besar foto di Instagram berbaki tiga, isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea kembali mengemaskini akaun media sosialnya pada lewat malam Ahad.

Menerusi hantaran di Instagram, Anis cuma memuat naik fotonya bersama-sama Haqiem di dalam sebuah kenderaan, dipercayai untuk menamatkan teka-teki status hubungan mereka.
Turut berkongsi di hantaran sama ialah emosi berbentuk dua keping hati mewakili kedua-duanya.
Bagaimanapun, ruangan komen pada hantaran gambar hitam putih itu telah ditutup. Malah, tarikh sebenar foto terbabit dirakamkan juga tidak dapat dipastikan.
Meninjau ruangan Instagram Stories pula, Anis masih aktif berkongsi aktiviti sambutan hari rayanya bersama rakan-rakan dan keluarga termasuk sekeping foto Haqiem.
Terdahulu, Anis mencetuskan pelbagai spekulasi warganet apabila memadamkam hampir keseluruhan foto dan videonya di Instagram termasuk momen-momen bersama suaminya, Haqiem Rusli.
Lebih mengejutkan apabila Anis meninggalkan fotonya tidak berhijab dan memuatnaik foto terbaharu berselendang hingga menampakkan sebahagian rambut hadapan kepalanya.
Haqiem dan Anis telah mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021 dengan hantaran bernilai RM100,000.

#Penyanyi #Isteri #Haqiem Rusli #Buka Tudung #Anis Sofea
;