HIBURAN

Kekal Ramping, Amyra Rosli Selesa Dengan Berat Badan Kini - “Kalau Kurus Sangat Pun…”

Asyikin Mayudin 17/04/2025 | 23:55 MYT
Dilihat semakin kurus dan ramping, pelakon Amyra Rosli mendedahkan berat badannya kekal sama seperti sebelum ini iaitu sekitar 42 kilogram (kg).

Selesa dengan berat

Mengakui diri seorang yang aktif melakukan pelbagai aktiviti, Amyra atau nama sebenar Nur Amira Izzati Rosli, 33, berkata, dia selesa dengan beratnya yang sekarang.

"Siapa yang mengenali saya, memang begini (sekarang) lah berat badan saya. Dulu masa umur 20-an pernah sedikit berisi, kemudian berat saya kekal sahaja iaitu sekitar 42 kg.

"Saya sangat selesa dengan berat yang sekarang. Paling berat badan saya pernah cecah adalah 45 kg.

"Saya seorang aktif, suka buat kerja-kerja rumah, lakukan pelbagai aktiviti dan sebagainya. Saya bukan makan kemudian duduk sahaja,” katanya.

Kawal gula

Tambah isteri kepada pelakon Amar Baharin itu, dia sentiasa mengawal pengambilan gula dalam makanan dan minum sebagai langkah menghidari daripada sebanyak penyakit.

"Saya hanya kawal penggambilan gula, kerana usia semakin meningkat, jadi penting untuk kawal gula sebagai langkah hindari penyakit.

"Kalau kurus sangat pun buat apa kalau tak sihat, yang penting adalah kesihatan,” ujarnya.

#Amar Baharin #Amyra Rosli #Kurus #Ramping