Berita
Kekalkan Kesegaran Wajah Ketika Berpuasa Dengan Hada Labo
Kulit yang mulus dan segar menjadi idaman ramai untuk kelihatan cantik dan berkeyakinan tinggi.
Namun untuk mengekalkan kelembapan kulit serta wajah yang cantik bukan mudah lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.
Bagaimana pun anda tidak perlu bimbang kerana dengan Hada Labo Premium Whitening Lotion dengan Tranexamic Asid dan Hyaluronic Asid anda dapat mengekalkan kesegaran wajah serta mendapatkan kulit yang mulus meskipun sedang berpuasa.
Losyen Hada Labo merupakan produk penjagaan kulit wajah dari Jepun nombor satu selama 13 tahun berturut-turut ini sangat bagus digunakan untuk anda tampil segar sepanjang berpuasa.
Bagaimanakah produk dari Hada Labo ini membantu anda untuk mendapatkan kulit yang mulus dan cantik?
Berikut kebaikkan dan keajaiban yang akan anda dapati:
- Melawan bintik-bintik gelap
Sekaligus ia dapat memberikan perapan kulit yang bagus untuk kelihatan licin dan mulus serta mengekalkan kesegaran solekan di wajah anda.
- Melembapkan kulit
Ia dapat meningkatkan lagi penyerapan, mengekalkan kelembapan dan mengecilkan liang-liang pori.
Untuk cara penggunaanya amat mudah sahaja, ikuti langkah ini:
Langkah 1: Tuangkan losyen Hada Labo itu ke tapak tangan secukupnya
Langkah 2: Sapukan losyen ke seluruh muka menggunakan tangan
Langkah 3: Teruskan langkah 2 sehingga ia benar-benar menyerap ke dalam kulit anda. Kulit anda akan berasa sangat lembut dan licin. Losyen juga boleh digunakan di leher atau di mana-mana bahagian kulit yang kering seperti siku, lutut dan tumit kaki.
- Penyerapan yang bagus
Losyen Hada Labo mempunyai beberapa jenis asid Hyaluronic dengan berbeza saiz molekul di mana ia akan menembusi ke dalam setiap lapisan kulit anda.
Jadi, pastikan sepanjang Ramadan serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) ini anda kekal menggunakan Losyen Premium Whitening ini untuk mendapatkan kesan kulit yang semula jadi meskipun menggunakan solekan yang minimal atau tidak langsung.