Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”

Maliah Surip
04/05/2024 13:55 MYT
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.

Cher kini berusia 77 tahun manakala lelaki yang menjadi kekasihnya, Alexander ‘A.E’ Edwards baru 38 tahun.

Jarak usia mereka adalah 40 tahun.

Namun penyanyi lagu Believe itu tidak melihat jarak usia 40 tahun di antara mereka sebagai satu masalah.

Sewaktu menjadi tetamu program bual bicara milik Jennifer Hudson, Cher berseloroh mengatakan ramai lelaki seusianya sudah mati sekaligus membuat dia bercinta dengan orang muda.

“Ramai lelaki seusia saya atau lebih tua sudah mati,” katanya seperti dilaporkan Billboard.

Cher kemudian menyambung: “Sejujurnya ramai lelaki seusia saya takut mendekati saya kerana saya Cher.

“Berbeza dengan orang muda. Lelaki muda sangat berani.”

Bintang kelahiran Amerika Syarikat ini pernah berkahwin sebanyak dua kali serta memiliki dua anak.
#Hollywood #Kekasih #Mati #Cher #Anak Ikan