Declan Rice mungkin sedang memegang status pemain tengah terbaik dunia.

Namun status tersebut langsung tidak membuat hati pemain bola sepak Arsenal berusia 25 tahun itu berubah terhadap kekasihnya.

Tidak capai standard

Apa lagi kekasihnya, Lauren Fryer disifatkan tidak memiliki ciri-ciri seperti kekasih seorang superstar termasuk berwajah cantik, bertubuh langsing atau sekurangnya memiliki pekerjaan seperti model.

Dan setelah Fyrer teruk dikutuk serta dibuli pengguna media sosial kerana kononnya tidak sepadan bercinta dengan Rice, pemain bola yang digelar ‘raksasa’ itu tetap setia malah mempertahankan asmara mereka.

Rice malah mengatakan tidak punya alasan untuk meninggalkan Fyrer hanya kerana perlu mendengar kata-kata peminat dan netizen.

“Dia wanita tercinta dalam hidup saya. Tidak ada keperluan untuk ‘menukar’ hubungan ini,” ujarnya dalam satu sidang media seperti dipaparkan platform X.

Rice juga mengakui Fyrer adalah wanita yang telah bersamanya dalam keadaan susah dan senang.

Dia menyifatkan Fyrer sebagai berani, lucu, cantik dan mencintainya lebih daripada apa yang ada di dunia.

“Dia adalah tempat paling selamat saya di dunia,” katanya lagi.

Anak

Rice juga bangga kerana Fyrer telah melahirkan anak mereka, Jude Rice pada tahun 2022.

Pemain yang kini bernilai RM562 juta itu sudah menjalin cinta dengan Fyrer sejak sekian lama.

Terdahulu Fyrer telah memadam foto-foto dirinya bersama Rice di media sosial selepas teruk dibuli.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa Wanita Gemuk Berbau Busuk, Lelaki Mulut Lancang Ini Dikecam Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sesuai Untuk Orang Badan Gempal? Atilia Dedah Mitos & Kebaikan Yoga