Kekasih Sanggup ‘Telan’ Sikap Berlagak & Panas Baran Syafiq Kyle

Kamaruddin Razal
Julai 3, 2017 13:16 MYT
Demi untuk mengejar impian sebagai seorang model, seorang wanita sanggup menelan setiap perangai berlagak dan panas baran aktor Syafiq Kyle.
Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran antara Syafiq bersama wanita itu melahirkan rasa cinta di sudut hati masing-masing dan akhirnya mereka bergelar sepasang kekasih.
Begitulah jalan cerita terbaru drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer yang bakal ditayangkan bermula malam ini.
Menampilkan Syafiq Kyle sebagai Jemy dan pelakon baru kelahiran Singapura, Hannah Delisha sebagai Aira, drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer merupakan karya adaptasi novel nukilan penulis Emma Mariam.
Selain Syafiq dan Hannah, drama bersiri arahan sutradara Eyra Rahman ini turut menampilkan pelakon lain seperti Amy Mastura, Ariz Forteen, Mimi Ernida dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer yang mula bersiaran bermula malam ini, (3 Julai), setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Gunakan hashtag #MencintaimuMrPhotographer untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#Syafiq Kyle #Mencintaimu Mr Photographer