Nusantara

Kekayaan Suami Nikita Willy Tak Boleh Bawa Bincang! Basikal Automatik Sama Harga Dua Biji Kereta!

gempak
Maliah Surip
28/10/2020
11:45 MYT
Sponsor Banner
Kekayaan Suami Nikita Willy Tak Boleh Bawa Bincang! Basikal Automatik Sama Harga Dua Biji Kereta!
Pelakon sinetron Cinta Buta, Nikita Willy baru berkahwin dengan kekasihnya, Indra Priawan dalam sebuah majlis yang sangat mewah.
Di Indonesia, kekayaan Indra adalah seperti sebuah rahsia umum. Maklumlah, dia merupakan penerus legasi bisnes pengangkutan teksi nombor satu di republik itu, Blue Bird.
Namun, Indra sangat jarang mempamerkan kemewahannya seperti kebanyakan selebriti lain. Peribadi lelaki ini dikenali sebagai cukup sederhana.
Setelah bernikah dengan Nikita, Indra akhirnya bersikap sedikit terbuka apabila membenarkan hos program Sobat Misqueen, Ziva dan Marshel yang ditayangkan di YouTube Trans7 Official pada Selasa (27/10/2020) datang ke kediamannya.
Dalam tayangan tersebut, kekayaan Indra terbongkar satu persatu.
Antara yang membuat kedua dua hos terkejut adalah Indra menjadi warisan bagi lukisan yang dihasilkan pada tahun 1867.
Nilai lukisan hasil Raden Saleh yang diletakkan di ruang solat kediamannya itu diketahui mencecah harga puluhan juta.
Tidak cukup itu, Indra juga membawa keduanya ke ruang dapur mereka. Dengan dekorasi dan peralatan dapur serba moden, Ziva meneka jika harga barangan di dapur termasuk mesin kopi dan set memasaknya menghampiri nilai Rp 1 Miliar (RM250,000).
"Saya fikir lebih (RM250,000)" jawab Indra perlahan.
Bukan hanya bahagian dapur sudah mencecah harga sebiji rumah, kediamannya juga menggunakan tirai berteknologi tinggi yang berharga belasan ribu ringgit.
"Yang penting waktu tidur tak terasa panas," kata lelaki itu.
Mereka kemudian dibawa melihat barang barang peribadi Indra termasuk basikal jenis Brompton miliknya.
Basikal jenis Brompton kini menjadi kegilaan banyak selebriti Indonesia diketahui sangat mahal.
Namun ternyata, Indra telah memiliki basikal tersebut sebelum ia menjadi trend.
"Saya sudah membelinya sejak lama dulu sebelum Brompton menjadi hype seperti sekarang. Waktu beli masih murah. Dalam RM7 ribu. Sekarang tak silap saya harganya mencecah RM15 ribu," kata Indra.
Selain basikal tersebut, Indra juga memiliki sebuah lagi basikal automatik yang mempunyai nilai sama dengan dua buah kereta!
Dia juga memiliki koleksi kasut yang bermula dengan harga RM2 ribu dan ke atas, yang sebahagian tidak dipakai lagi dipakai. Kesemua koleksi kasut tersebut dibeli sewaktu masih menuntut di Amerika Syarikat.
Dalam tayangan yang sama, Indra mengaku hidupnya sudah mewah sejak lahir kerana bisnes pengangkutan milik keluarga yang telah berusia 40 tahun.
"Saya tak boleh berbohong. Saya memang telah hidup mewah sejak lahir kerana kekayaan keluarga. Namun sejak usia 16 tahun saya juga sudah punya bisnes sendiri. Saya menjual peti sejuk dan memiliki jenama seluar jeans, Esre Denim," katanya.
Instagram: @nikitawilly Kredit Foto: Transmedia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024