Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Keket Dah Tak Ada” - Redza Minhat Kematian Kucing Tersayang, Netizen Kongsi Rasa Sebak

Azwa Rahman 09/06/2020 | 06:14 MYT

Pelakon dan pengarah Redza Minhat telah kematian kucing tersayang yang diberi nama Keket.

“Keket dah tak ada gais. Doakan dia baik-baik sahaja, saya akan merindui awak, kawan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

“Such a good boy, dengan personaliti penyayang. Saya tak faham perkara ini sebelum ini, oh boy,” tulis Redza menerusi bebenang kicauan.

Malah, Redza turut berkongsi foto-foto comel Keket yang sedang bermain dengan anak-anaknya sebagai kenangan.

“Keket disemadikan di bawah pokok yang baru ditaman oleh itu tanahnya lembut. Keket sentiasa ada bersama isteri saya semasa dia menjaga pokok-pokoknya dan sekarang Keket membantu pokok itu membesar - saya beritahu anak saya,” tulis Redza lagi.

Bersedih dengan kematian kucing tersayang, rata-rata wargamaya berkongsi rasa duka serta memberikan ucapan takziah pada Redza dan keluarga.

“Salam takziah buat Redza dan keluarga,” ucap seorang wargamaya.

“Alaa kesian korang, semoga awak sekelurga kuat untuk menghadapi dugaan ini. Siannya niania dan Ali,” tulis seorang wargamaya.

“Takziah atas kehilangan. Saya ada dua ekor kucing di rumah. Tak tahu macam mana reaksi saya kalau ada apa-apa yang terjadi pada mereka,” komen seorang wargamaya.

“Pastinya awak dah beri yang terbaik. Semoga diberi ganti/ganjaran yang lebih baik,” doa seorang wargamaya lagi.

#Redza Minhat #Kucing #Takziah
;