"Kelab Itu Tiada Bonzer, Hos Ingin Hormat Masa 3 Minit Komedian Open Mic" - Nizam Jentik Jentik
Shahrin Zulkifle
12/07/2022 09:00 MYT
12/07/2022 09:00 MYT
Pelawak Nizam Jentik-Jentik antara yang tidak terlepas untuk bersuara mengenai isu seorang komedian wanita yang bertindak menanggalkan pakaian di sebuah kelab, CrackHouse Comedy Club.
Menerusi satu hantaran yang dikongsikan Nizam di laman Instagramnya, dia berasa sedih ketika menerima perkhabaran penutupan sementara kelab tersebut.
“Sedih bila kami dapat tahu CrackHouse Comedy Club digantung operasi, semua ini disebabkan seorang wanita yang membuat aksi provokaktif dan menyebarkannya di sosial media,” tulis Nizam pada kapsyen.
Nizam turut menjawab beberapa soalan yang di ajukan kepadanya, adakah dia mengenali wanita berkenaan dan mengapa tidak menghalang kejadian tersebut sejak dari awal lagi.
“Ada yang tanya saya kenal ke perempuan itu? Saya tidak kenal. Malam Open Mic adalah malam siapa-siapa boleh request slot untuk perform, kami kenal orang yang familiar faces sahaja iaitu rakan-rakan komedi kami. Wanita tersebut baru pertama kali menjejakkan kaki di CrackHouse.
“Kenapa tidak halang persembahan itu sebelum dia buka baju? Saya tiada di situ, katanya everybody in shocked of what happen there, CrackHouse tiada bonzer, yang ada hanya hos, waiter, tukang jaga pintu, tukang jaga sound dan tukang F&B, dan tak ganggu semata-mata ingin menghormati masa tiga minit yang telah diberikan kepada dia. Lagipun tindakan banned wanita tersebut telah dilakukan sejurus selepas persembahan dia,” jawab Nizam.
Nizam turut berkongsi pengalamannya selama bertahun menjadikan CrackHouse tempatnya dan rakan selebriti lain seperti Harith Iskandar, Douglas Lim, Mad Sabah, Shavshic dan beberapa komedian lain telah menghiburkan hampir puluhan ribu penonton yang pernah hadir ke situ sehingga namanya diterima baik di dalam industri.
Kata Nizam lagi, kejadian tersebut telah berlaku tiga minggu sebelum video tersebut tular dan dia menegaskan CrackHouse bukanlah tempat komedian menghina agama Islam seperti yang diperkatakan beberapa pihak.
“Sebenarnya kelab pun tak tahu dia post sebab tiada antara kami yang mutual friend dengan dia, dan kelab tidak tahu persembahan itu dirakam oleh suaminya sendiri, hal merakam dalam kelab ini telah dikuatkuasakan kepada tetamu untuk tidak merakam apa saja persembahan. Hanya komedian sahaja dibenarkan merakam untuk kegunaan peribadi.
“CrackHouse ini tempat komedian hina Melayu dan Islam? Tidak ! ada je komedian yang cerita pasal anjing belaan, family, vacation, neighbours, life after wedding dan macam-macam lagi. Semuanya adalah semata untuk lawak dan hiburan,” luah Nizam.
Menutup penulisannya, Nizam berkata “SHE IS NOT A STAND UP COMEDIAN”.
Bagaimanapun, menurut tinjauan Gempak, posting tersebut telah dipadam oleh Nizam.
Bagaimanapun, menurut tinjauan Gempak, posting tersebut telah dipadam oleh Nizam.