Selain ramai selebriti yang mendirikan rumah tangga, tahun 2016 telah menyaksikan ramai selebriti yang menimang cahaya mata.
Ada yang menyambut cahaya mata sulung, ada juga yang sudah sememangnya mempunyai anak menambah bilangan zuriat pada tahun ini.
Astro Gempak menyenaraikan pasangan selebriti yang menyambut kelahiran anak pada tahun 2016.
Berikut merupakan pasangan yang menyambut kelahiran cahaya mata tahun ini:
Nad Zainal
Hasil perkahwinan bersama suaminya, Muhamad Faliq Amirudin, Nad selamat melahirkan putera sulungnya, Fahad Ibrahim pada 14 Oktober 2016.
Nas-T
Selepas berkahwin dengan Atita Haris pada penghujung Januari lalu, mereka dikurniakan cahaya mata bernama Nas Taliyah pada 12 Disember 2016.
Shukri Yahaya
Pelakon drama bersiri Suami Tanpa Cinta ini menyambut kelahiran anak sulungnya yang bernama Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.
Hanis Zalikha
Mesra dengan panggilan Keknis, isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini melahirkan anak sulung, Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016.
Eina Azman
Pelakon putih melepak ini melahirkan cahaya mata kembar, Karl Kareef dan Arianna Aubrey pada 19 Februari 2016.
Yana Samsudin
Tanggal 21 Julai 2016 menyaksikan Yana dan suaminya, Fadzil Zahari menyambut kelahiran putera pertamanya, Aisy Mateen.
Sharifah Shahira
Pengacara dan pelawak ini melahirkan anak kelimanya yang bernama Adeena pada 5 November 2016.
Fahrin Ahmad
Fahrin menyambut kelahiran anak pertamanya, Khalifa Fahrel pada 29 September 2016.
Shuk SYJ
Pelawak yang berkahwin dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah menyambut kelahiran cahaya mata sulung, Nur Qurratu Ain pada 30 Oktober lalu.
Liyana Jasmay
Pelantun lagu Cinta Bersatu ini selamat melahirkan anak keduanya, Selena pada 22 Januari 2016.
Elly Mazlein
Kak Lina Pom Pom melahirkan puteri kesayangannya, Putri Sara Sefhia pada 9 Mac lalu.
Aepul Drama Band
Aepul dan isterinya, dramatis Leez Rosli menyambut kelahiran anak sulung, Nur Saffiya Alisha pada 4 April 2016.
Atue Zero
Pelawak kelahiran Sabah ini menyambut kelahiran puteri sulung, Dayang Sumayyah pada 9 November 2016.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Wed Dec 28 2016
"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi masih kurang mengerti tindakan netizen yang masih menyalahkan anaknya, Marissa Dania Hakim selepas bergelar isteri kedua Ahmad Aslam
Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.
Syasya Akui Tak Mudah Buat Keputusan Tinggalkan Dolla - “Luka Itu Lebih Besar Buat Diri Saya”
Tak mudah nak buat keputusan.
OH BABY KAMAL & UQASHA! - EPISOD 2
Kamal dah pandai bedung baby! Hahaha harini kita nak throwback Kamal & Uqasha pergi antenatal class. Untuk first time parents, kelas ni sangat digalakkan join untuk persediaan bersalin. Paling penting, mommies boleh belajar banyak knowledge yang berguna!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111
Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga pereka fesyen, Emran Rijal, pada petang Jumaat dengan sekali lafaz.
Netizen Sakit Hati NRF Siap Ajar Aliff Cara Bercakap - “Kena Cakap Berdepan Orang Tengok Muka Awak”
Netizen geram dengan NRF.
Ganti Kucing Hidup, Guna Anak Patung Doraemon Untuk Upacara Panggil Hujan!
Sebuah komuniti di Thailand menjadi tular, gara-gara menggunakan anak patung watak animasi Jepun, Doraemon menggantikan kucing hidup untuk upacara tradisional memanggil hujan.
Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”
Didi pula tampil dengan bukti tangkap layar perbualan Aliff.
B.I Bakal Beraksi Di Mega Star Arena, KL Menerusi B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur Pada 30 Jun Ini!
Bersedia untuk menikmati persembahan daripada penyanyi dan rapper popular, B.I menerusi konsert solo pertamanya, B.I 2024 HYPE UP In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, KL pada 30 Jun ini.
Bagi Kawal Populasi, Profesor Ini Cadang Makan Burung Merpati
Seorang profesor tempatan baru-baru ini memberikan solusi berani terhadap masalah lebihan populasi merpati di Pulau Pinang.