Francais Kampong Pisang yang mendapat sambutan ramai akan tampil dengan edisi Syawal iaitu Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa bermula 27 Mei.

Selepas kejayaan meraih hampir RM5 juta di Astro First menerusi 18 Puasa di Kampong Pisang, penonton dihidangkan dengan gelagat mencuit hati mereka dalam persiapan Hari Raya Aidilfitri menerusi filem muzikal ini.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi pendapatnya tentang filem ini.

“Overall cerita ni memang puas hati . Kelakar tetap kelakar dan yang penting lagu dalam cerita ni semuanya sedap. Power Mamat Khalid,” tulisnya menerusi satu ciapan.

Filem muzikal ini masih mengekalkan barisan pelakon utama Kampong Pisang seperti Kazar Saisi, Aziz M Osman, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Afea Deana, Joey Daud, Nazeeera Sardi, Avaa Vanja, Yoep Hitler.

Istimewanya lagi, edisi raya kali ini mengembalikan Datuk Awie sebagai teraju utama serta watak-watak baru yang digerakkan oleh penyanyi dan pelakon Kaka Azraff, Imuda serta penampilan istimewa oleh Siti Elizad Sharifuddin dan Raja Azmi.

Filem ini mengisahkan seluruh penduduk Kampong Pisang bersama-sama mengerjakan aktiviti masak-masak pada sehari sebelum raya.

Saksikan filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 27 Mei 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang- ulang.