Permusuhan dua keluarga sering diangkat sebagai plot penceritaan dalam sesebuah karya atau naskhah.

Plot cerita sebegitu ternyata menarik minat ramai penonton untuk terus melekat di kaca televisyen.

Tapi, bagaimana pula penceritaan yang memaparkan perseteruan keluarga yang disampaikan dengan gaya humor?

Biarpun Safei bukan orang senang dan kerap diuji oleh orang disekelilingnya, tapi dia sentiasa hepi! Siap bergelek-gelek lagi, korang tengok lah tu ? Mengapa ye? Sebab ada 'Bara Bere' hihi jom layan drama komedi ini di Astro Aura HD (CH113) dan Astro GO bermula 6 Jun 2020! . . . Duduk rumah dan jangan keluar kalau tak perlu. Kita belum menang! Stay safe, stay home, stay entertained. #AstroRania #AstroAura #gempak #astrogempak #SeindahSenyuman #EratkanJalinan #COVID19 #HapusCOVID19 #Kekaltenang #DudukRumah #StayHome #BePositiveStayNegative

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Begitulah intipati cerita yang ingin disampaikan dalam sinetron komedi, Bara Bere.

Karya itu memaparkan konflik antara keluarga Safei dan keluarga Amsani yang bermula semenjak dari dahulu lagi.

Tidak kering gusi, pelbagai keletah menarik yang disampaikan dalam sinetron Bara Bere yang bakal membuatkan penonton ketawa!

Dilakonkan oleh Aliando Syarief, Felicya Angelista, Wendy Afiana, Faby Marcelia dan ramai lagi, naskhah ini turut dibintangi oleh penyanyi dangdut popular, Siti Badriah!

Jangan lupa saksikan Bara Bere bermula 6 Jun ini, jam 9 malam di Astro Aura HD saluran 113!

Bermula 23 Mei, dua buah saluran HD baharu iaitu Astro Rania HD (112) dan Astro Aura HD (113) dilancarkan buat pertama kali menerusi Pakej Indo Pek yang turut diperbaharui dengan pengisian lebih padat, dinamik dan terkini merangkumi pelbagai genre untuk hiburan tontonan seisi keluarga.

Saluran Astro Aura HD (113) menawarkan variasi kandungan hiburan popular yang memfokuskan kepada program berkonsepkan genre muzik terutamanya irama dangdut menerusi program variasi, sinetron dan sebagainya.

Sebagai pengenalan dan tanda penghargaan sempena musim perayaan Aidilfitri, akses pratonton komplimentari untuk saluran Astro Rania HD dan Astro Aura HD ini juga akan dibuka istimewa buat kesemua pelanggan Astro mulai 23 Mei hingga 30 Jun 2020.

Untuk pilihan yang fleksibel, ia turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘On Demand’.