Dramatik! Itu yang boleh digambarkan sepanjang dikurung dalam bilik perang 'escape room' Breakout Nu Sentral baru-baru ini.

Penulis bersama-sama dengan dua rakan gempak dan penyampai radio ERA, Muna Bella berpeluang untuk merasai sendiri cabaran adrenalin sambil menguji minda menyelesaikan puzzle dalam salah satu bilik.

Bermain teka-teki, mencari klu dan petunjuk tersembunyi berbekalkan sedikit imuniti, setiap satu daripada kami diberikan peranan masing-masing.

Sepanjang 45 minit dalam bilik yang diberikan tugasan untuk mencari lukisan Rembrandt yang hilang, harus diakui ia benar-benar mencabar minda. Hinggakan kami terpaksa mendapatkan bantuan daripada Game Master untuk menyelesaikan teka-teki.

Ada tujuh tema bilik di Breakout Room Nu Sentral iaitu Perpetual (pro), The Testament of Tesla (pro), Terraform (pro), Materia Medica (adventourous), The Secret of Hocus (adventourous & scary), Dreadnought (best seller & minor crawling) dan The War for Rembrandt (beginner).

Berpeluh, panik, gementar, takut, geram, semua perasaan itu bersilih-ganti muncul hingga tamat permainan.

Teringat pula situasi ini sama seperti dalam drama siti Take Control (CTRL) ketika dua beradik yang dikawal ketat kedua ibu bapa mereka masuk ke dunia permainan video yang boleh mengawal minda.

Dalam Take Control itu, dua beradik itu bertukar peranan dengan ibu bapa mereka yang telah ditukar! Oh no!!!

Kalau nak tahu, siri popular ini dibintangi pelakon Shaheizy Sam (Papa), Hana Nadira (Mama), Faiz Najib (Sky) dan Sry Khairudin (Ramunah).

Selain itu, Take Control membariskan bakat tempatan lain termasuk Gabriel Pountney, Rika Adrina, Marianne Tan, Farid Azmeir, Phoon Chi Ho, Prakash Daniel berserta kameo istimewa pencipta kandungan tempatan popular, Jenn Chia dan Jin Lim (Jinnyboy).

Take CTRL, sebuah siri 6 episod, mempersembahkan konsep unik yang meneroka dua dunia: dunia sebenar; dan dunia maya, yang diselitkan dengan pelbagai elemen permainan yang boleh dikaitkan dengan generasi muda.

Siri ini menggambarkan hubungan cinta-benci dan kekeluargaan antara kanak-kanak dan ibu bapa, serta cara mereka berdamai antara satu sama lain dalam dunia digital.

Selaras dengan slogan "with control, comes chaos", anak-anak akhirnya belajar bahawa mengawal tidak semudah yang disangka, dan sentiasa ada akibatnya.

Jangan lupa strim Take Control di On Demand, Ultra Box dan Astro Go.



Selain di Nu Sentral, Breakout turut dibuka di The Shore Melaka. Dapatkan promosi terkini diskaun RM50 dari jumlah keseluruhan bil dengan minimum pemain empat orang di Breakout The Shore Melaka.

Bilik bertemakan Escape Game akan mula beroperasi bermula pertengahan Mei manakala bilik bertemakan Spy Game akan dilancarkan pada Jun.

Layari IG dan Facebook rasmi Breakout The Shore Melaka atau @breakoutmy.

Info Breakout Nu Sentral

Alamat: L4-09A, Level 4, Nu Sentral, Sambathan,, 201, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 10 pagi - 10 malam setiap hari

Contact: 010-937 3628
www.breakout.com.my