Laman Utama
"Kelantan, Kedah, Pahang, Sabah Semua Dah Pangkah" - Tak Siapa Nak Terima Nurul Huda! Begitu Sekali Yaa...
Episod ke-43 Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN) lebih tegang! Akhirnya Nurul Huda kantoi menipu Ummi apabila diperangkap untuk bekerja semula di syarikat bersama Nazril.
Malah, Nurul Huda pun mengaku telah menipu Ummi menggunakan nama arwah datuknya yang mahu melihatnya naik pelamin bersama Nazril.
Babak air mata menyaksikan Nurul Huda berjanji akan keluar dari rumah Ummi demi memberikan ruang untuk Nazril yang masih bermurung selepas kematian Maisara.
Dalam pada emosi sedih Nurul Huda, sebenarnya ramai yang masih geram dengan perbuatannya sebelum ini hingga ada yang tidak membenarkannya untuk datang ke negeri masing-masing. Lucu!
"Huda kepit tu kalau dah on the way ke Kelantan jangan mengada-ngada nak lalu Pahang. Lalu jalan lain! Aku tak suka. Bayang-bayang kau pun aku tak nak tengok," tulis Bob Santan.
"Kelantan Huda tak boleh masuk, Terengganu pun sama, Sabah pun tak nak terima Huda. Kita suruh Huda pergi Nilai 3 kat Selangor," tambah Siti Haryani.
"Maaf Huda, Negeri Sembilan banyak kena takluk. Mungkin kami akan buka Negeri Sepuluh. Harap Huda tak jumpalah negeri kami," balas Shakira Masron.
"Dalam ni ramai yang tak mahu Huda masuk negeri masing-masing, aku pun nak minta kerajaan Sarawak tak benarkan Huda masuk. Biar sangkut kat imigresen airport," kata Izwan Mohamad pula.
"Hampa jangan buat pasai dok mai lampaq si kepit ni kat Kedah nah. Orang Kedah pun tak mahu aik si kepit," kata Afzan Syahmira.
Habis tu ke mana Huda nak pergi?
Jangan lupa sambungan episod selanjutnya Rindu Awak Separuh Nyawa minggu hadapan yang pastinya akan lebih mendebarkan dengan plot yang lebih suspens.
Rindu Awak Separuh Nyawa merupakan drama adaptasi novel terbaik Siti Rosmizah dan dilakonkan oleh Shukri Yahaya, Uqasha Senrose dan Marsha Milan.
RASN ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam menerusi slot Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
RASN turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.