,
Laman Utama

“Kelas Online Tapi Kena Bayar Yuran Sekolah Full, Tak Logiklah” - Nabila Huda

Amri Hassan
19/01/2021
08:20 MYT
Pelakon dan pengacara Nabila Huda menyuarakan pandangan mengenai kewajipan membayar yuran sekolah penuh sedangkan pelajar hanya mengikuti kelas atas talian sejak tahun lalu.
Kata Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil, dia antara penjaga yang turut terkesan dengan sistem yuran penuh tersebut justeru menyeru orang ramai agar berhenti membayar yuran sekolah penuh.
"Kepada ibu bapa semua, inilah masanya kita berhenti bayar yuran sekolah kalau tiada siapa pun nak bantu kita selesaikan masalah yang sudah berbelanja duit dari tahun lepas untuk anak-anak tapi hanya kelas online.
"Kelas online tapi masih nak kena bayar penuh tak logik langsunglah. Sekolah pun tutup, bukan ada orang pakai kemudahan. Cuma nak bayar gaji cikgu.
"Kenapa kita nak kena terus membayar macam ni. Tak semua anak boleh faham sepenuhnya dengan online classes.
"Memanglah orang akan cakap tak tahu belajarlah kena biasa dengan norma baharu. Norma baharu takde masalah. Tapi kenapa nak kena bayar full yuran.
"Tak boleh ke sekolah bertolak ansur jugak faham situasi kami, macam kami faham situasi korang nak kena bayar gaji cikgu? Seriously, tak ok langsung cara ni. Ini tak adil buat kami," katanya. Abil turut risau tentang keberkesanan pembelajaran dalam talian memandangkan kebanyakan pelajar kurang gemar dengan medium yang dipraktikkan masa kini.
"Sekarang, saya fikir saya kena move forward, berhenti fikir pasal nak kena hantar Keisha pergi sekolah or this online classes.
"Saya sudah mulai risau anak semakin membesar, banyak subjek yang tak belajar secara proper sebab kids tak berminat pun nak mengadap laptop semua ni sebab mereka perlu sentuh, tengok untuk faham setengah subjek.
"This virtual study tak 100 percent works for my daughter. It’s about time untuk home school walaupun dulu saya memang pangkah sama sekali home school sebab saya nak dia belajar bergaul and enjoy her childhood.
"Tapi dalam keadaan sekarang, saya dah tiada pilihan. Saya sedang mencari guru yang boleh ajar anak saya subjek penuh," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Unitar