Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

‘Kelas Puitis’ Ahmad Fedtri Yahya Dapat Sambutan Wargamaya, Dewan Bahasa & Pustaka Siap Beri Penghargaan!

Azwa Rahman 17/06/2020 | 10:19 MYT
Pengacara dah penulis Ahmad Fedtri Yahya meluahkan rasa bersyukurnya apabila ‘kelas puitis’ yang dianjurkan mendapat perhatian pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Menerusi laman sosial Twitter, Fedtri berkongsi berita menerima ucapan penghargaan daripada DBP atas usahanya menyemarakkan lagi penggunaan bahasa Melayu secara maya.
“Dewan Bahasa dan Pustaka telefon saya. Mereka hargai usaha ‘kelas puitis’ yang dibuat secara santai ni. Insya-Allah, bermula malam ini ada hadiah untuk pemenang. Tunggu ‘tugasan’ malam ini ya,” tulis Fedtri menerusi satu kicauan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Memulakan ‘kelas puitis’ nya sejak dua hari yang lalu, Fedtri akan memuat naik foto sepotong ayat bahasa rojak dan pengguna Twitter diminta untuk menukarnya kepada bahasa Melayu yang betuk mengikut kreativiti masing-masing.
Pada foto yang pertama iaitu sebuah jentolak sedang mengisi minyak, Fedtri mendapat respon yang menggalakkan apabila menerima hampir 300 jawapan, 5,000 ulang kicau dan 11,000 tanda suka daripada wargamaya.
Malah untuk kelas malam ini, Fedtri akan memilih seorang pemenang dan hadiah akan diberikan.
“Alhamdulillah. Satu-persatu penaja hadiah tampil membentang khabar gembira,” ujarnya lagi.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, ramai wargamaya yang menyokong usaha Fedtri ini dan mahu ia diteruskan.
“Bagus.. Secara tak langsung semua org belajar berbahasa santun. Tahniah atas usaha murni. Budi bahasa budaya kita,” puji seorang wargamaya.
“Seronok dengan kelas ni walaupun tak dapat hadir pada setiap kelas a.k.a ponteng dan tak jawab ujian. Tapi tetap buat ulangkaji dari jawapan murid lain. Doakan kertas sastera saya untuk tahun depan berjaya!” luah seorang wargamaya.
“Baik! Standby on notifications dari cikgu,” kata seorang wargamaya.
“Harapnya dapat diteruskan lagi usaha yg sebegini. Saya seronok mengikuti kelas cikgu,” komen seorang wargamaya.
“Dah mula ketagih buat. Seronok dan terhibur baca ayat orang lain jugak,” usik seorang wargamaya.
“Nak turut serta, apakan daya. Penguasaan bahasa hamba tidak seberapa,” tulis seorang wargamaya lagi.
#Bahasa Melayu #Ahmad Fedtri Yahya #Kelas Puitis
;