Laman Utama

“Kelembutannya Boleh Buat Orang Salah Sangka” - Shah Jaszle Simpati Sophia Albarakbah Digelar Penyondol

gempak
Mya Amri
26/10/2023
00:55 MYT
Sponsor Banner
“Kelembutannya Boleh Buat Orang Salah Sangka” - Shah Jaszle Simpati Sophia Albarakbah Digelar Penyondol
Pelakon, Shah Jaszle akui gelaran ‘penyondol’ yang dilabelkan netizen terhadap rakan baiknya, aktres Sophia Albarakbah itu terlalu keras.
Menurut Shah Jaszle, Sophia ada menghubungi isterinya untuk mengadu hal itu dan turut meluahkan kesedihan apabila dilabel sedemikian rupa.
“Dia agak sedih dan pernah hubungi isteri saya kerana orang tuduh dia itu ini. Saya ada nasihati dia dan minta dia supaya tak layan benda itu.
“Pada saya sekiranya tak buat, dia tak perlu takut kerana ada sesetengah orang dengki padanya sebab dia cantik.
“Tapi saya tahu dia kuat dan dia kerja keras untuk kerjayanya. Saya ada mengingatkannya banyak lagi halangan dan pancaroba yang akan dia lalui.
“Saya cuma nasihatkan dia jangan cepat mengalah dan putus asa, sebaliknya teruslah berkarya,” katanya.
Shah Jaszle berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan drama bersiri terbaharu Unifi TV Original, Nak Dengar Cerita Hantu Ke? baru-baru ini.
Dalam pada itu, Shah Jaszle juga mengakui Sophia merupakan seorang wanita yang lemah lembut dan kelembutannya itu boleh membuatkan lelaki mudah tersalah sangka.
“Saya sendiri sudah berkahwin dan pernah menjalani penggambaran bersama Sophia. Saya tiada sebarang masalah dengan dia pun walau sudah berkahwin.
“Sebenarnya ia terpulang kepada individu itu sendiri nak bawa diri ke arah mana dan nak letakkan perasaan bagaimana terhadap heroin kita.
“Memang bila berlakon sekali kita akan rapat sebab nak mewujudkan keserasian ketika berlakon, tapi kita sendiri kenalah kuat dan tahu status dan di mana kita berada.
“Sophia wanita yang lemah lembut, kelembutan dia itu memang boleh buat orang salah sangka. Mungkin lelaki akan ingat Sophia suka pada mereka tapi sebenarnya memang sikap dia begitu,” jelasnya.
Terdahulu, nama Sophia Albarakbah mula menjadi trending dan terkenal selepas didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astilah.
Sejak kontroversi melanda, Sophia yang berlakon dengan Aliff dalam drama Ku Akad Mu Dengan Bismillah dilabel sebagai penyondol.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live