Kelibat 'Beg Ayam' Rosmah Mansor Jadi Tumpuan Netizen
Amri Hassan
15/07/2020 23:55 MYT
15/07/2020 23:55 MYT
Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini mencuri perhatian beberapa pengguna di media sosial.
Rosmah tidak menjinjit sebarang tas tangan mewah, sebaliknya sebuah beg tote beli-belah pasaraya terkemuka tempatan dapat dilihat sepanjang di perkarangan mahkamah.
Beg tote berwarna nude itu dijinjit oleh salah seorang pembantu Rosmah yang mengisi barang kelengkapan bersaiz besar.
Difahamkan beg yang tercetak imej ayam pada bahagian hadapan itu pernah dikeluarkan oleh pasaraya berkenaan sekitar tahun 2012.
Malah, beg yang bersifat mesra alam semulajadi itu tertera mesej 'Ayam Not A Plastic Bag'.
Mengimbas semula, mesej tersebut bersempena tribut kepada jenama beg antarabangsa Anya Hindmarch yang pernah menghasilkan koleksi beg kanvas kitar semula sekitar 2007 dengan mesej sama 'I'm Not A Plastic Bag'.
Menjinjit grocery tote bag di khalayak tidak menjadi satu kesalahan malah sifatnya yang bersaiz besar membuatkan pengguna lebih selesa dan praktikal.
Sebelum ini pun grocery tote bag sering digunakan di publik oleh beberapa selebriti terkenal antarabangsa misalnya Jessica Alba, Jennifer Aniston, Naomi Watts, Anne Hathaway, Emma Roberts, Elizabeth Olsen, Amanda Seyfried dan Sophia Bush.
Jika kena dengan gaya, grocery tote bag pun boleh kelihatan mahal seperti beg pereka antarabangsa.
Jadi, apa salahnya untuk tampil bergaya dengan tote bag dari pasaraya kegemaran anda ketika di publik selepas ini.