Hiburan
"Kelibat Kain Hitam Buatkan Saya..." - Lisa Surihani Kongsi Pengalaman Masuk Bilik Mayat
Pelakon popular, Lisa Surihani berkongsi pengalamannya ketika berada di sebuah bilik mayat untuk menjalani sesi penggambaran telefilem Dah Mati Pun Cantik.
Menurut Lisa, dia berada di bilik mayat tersebut dalam masa beberapa jam dan turut melihat proses pembedahan mayat dilakukan.
"Ketika proses penggambaran, ada kain hitam digantungkan di sebelah tepi saya, apabila saya melihat ke tempat lain ia kelihatan seperti kelibat yang telah membuatkan saya melompat ketakutan.
"Saya berada di dalam bilik bedah mayat itu untuk beberapa jam dan melihat pelbagai jenis pemeriksaan dan pembedahan dilakukan.
"Saya juga ada melihat pembedahan mengeluarkan otak dari badan si mati," ujarnya.
Selain Lisa, telefilem Dah Mati Pun Cantik turut dibintangi oleh Faizal Hussein, Oza, Tasha Elyzza, Lash Mokhtar dan Anna Melissa. Ia diarahkan oleh Wan Hasliza dan Wan Alauddin
Dah Mati Pun Cantik mengisahkan Dr Malik (Faizal Hussein & Dr Dina (Lisa) yang yang berpengalaman menguruskan beratus kes bertugas di bilik mayat untuk melakukan proses bedah siasat.
Suatu malam, mereka menerima mayat yang sangat cantik yang dijumpai mati oleh polis.
Dalam proses bedah siasat yang sedang dilakukan satu-persatu susuk emas mayat itu dijumpai Dr Dina.Setelah dicabut bermulalah gangguan untuk mereka berdua.
Dr Dina sudah melakukan proses bedah siasat ke atas mayat sehingga mengeluarkan otak mayat namun apabila disedari kembali tiada satu pun luka atau bekas torehan yang ada pada mayat.
Dr Malik yang tidak mempercayai perihal tahyul itu mula mendapat gangguan yang lebih teruk setelah mayat tersebut hilang ketika dibawah seliaannya.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Dah Mati Pun Cantik yang akan ditayangkan pada 26 Oktober 2019 hanya di slot Citra Exclusive, Astro Citra (saluran 131) dan Citra HD (saluran 126).
Must-Watch Video