Kelibat Kakak Baju Putih Berlari Pegang Kucing Ketika Laporan Berita Curi Tumpuan Netizen, Ini Empunya Diri & Cerita Sebenar!

Amri Hassan
Jun 14, 2020 08:06 MYT
"Itu kucing saya," kongsi pemilik seekor kucing berwarna oren yang tular dalam footage laporan berita baru-baru ini, Mayamin Husna Hisham.
Menjelaskan situasi sebenar ketika rakaman spontan di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Buloh, Selangor, kata Maya, 22, dia ketika itu sedang membersihkan kucingnya yang terbuang air besar di dalam kereta.
"Sebenarnya ketika itu saya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur nak balik ke rumah mak saya di Sabak Bernam.
"Tiba-tiba kucing saya terbuang air besar dalam carrier, habis semua kotor.
"Kebetulan berdekatan dengan R&R Sungai Buloh, jadi saya singgah cuci carrier dan badan kucing yang terkena najis. Akhir sekali kucing oren bernama Neski," katanya kepada Gempak.
Tambah Maya, keadaannya berlari-lari sambil mendukung Neski disebabkan mahu mengelak daripada baju putihnya kotor.
"Sebab saya berlari takut baju kotor tapi pada masa sama takut bila nampak abang-abang polis dan askar ramai-ramai.
"Tak sangka pula ketika itu ada pihak wartawan sedang buat laporan," tambahnya.
Maya tidak menyangka rakaman footage berkenaan tular hingga ada yang menyangka dia menculik kucing berkenaan.
Malah, footage itu menarik perhatian ramai termasuk bekas Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Tak yang tetiba ada akak baju putih berlari dukung kucing tu kenapa ? @BuletinTV3 pic.twitter.com/w818k3FfdC

— Izzul (@Ijulnaim) June 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya bela Neski sejak setahun lepas ketika menjumpainya di luar kafe siber. Sekarang dah ada dua anak," katanya lagi.
#Viral #Viral #Footage Berita #Kakak Baju Putih