Keliru Mana Satu Ubat, Wanita Ini Panik Tertelan Fon Telinga! Rupanya Masih ‘Connected’ Dalam Perut?
23/11/2021 13:59 MYT
Seorang pengguna Tik Tok berkongsi detik mencemaskan apabila dia tertelan fon telinga selepas menyangkakan ia adalah ubat tahan sakit.
Menerusi satu video di Tik Tok, wanita dikenali sebagai Carli itu menjelaskan dia pada awalnya perlu mengambil ubat tahan sakit yang dikenali sebagai Ibuprofen.
Namun, pada masa sama, dia juga sedang menggenggam fon telinga atau AirPod pada tangan kirinya.
Mungkin disebabkan kurang sihat, dia terus menelan fon telinga tersebut, sekali gus membuat satu kesilapan besar.
“Tangan kanan saya ada Ibuprofen manakala kiri saya ada Airpod. Tapi bila saya telan dan minum air, baru saya sedar, bukan ubat yang saya telan.
“Saya cuba untuk muntah beberapa kali tapi tidak berjaya,” katanya yang berasal dari Boston.
Tambahnya, biarpun panik, namun fon telinga tersebut akhirnya berjaya dikeluarkan secara semula jadi.
Namun, apa yang lebih mengejutkan, sewaktu berada di dalam perut, fon telinga itu masih ‘bersambung’ dengan telefon pintarnya.
“Imbasan X-ray sudah pun saya buat dan tiada sebarang kerosakan pada bahagian atau organ dalaman,” katanya.
Anda boleh lihat video Tik Tok tersebut di bawah.
undefinedDifahamkan, insiden tertelan AirPod ini bukanlah kali pertama berlaku yang mana sebelum ini ia pernah terjadi membabitkan seorang lelaki dewasa dan kanak-kanak berumur 7 tahun di Amerika Syarikat.