Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

#Keliwon: Anak Austisme: "Mak, Rumah Kita Ada Satu Budak Perempuan. Tu, Dia..."

Maliah Surip 22/04/2021 | 15:25 MYT
Ini cerita seorang teman saya. Teman saya mempunyai dua orang anak, sepasang lelaki dan perempuan.
Anak perempuan teman saya usianya sekarang 10 tahun, manakala adik lelakinya 8 tahun. Anak pertamanya yang saya beri nama J dilahirkan sebagai insan istimewa. Dia dilahirkan sebagai anak autisme.
Sehingga berusia 6 tahun, J masih belum boleh berkomunikasi secara langsung. Sama seperti kebanyakan anak autisme lain, J banyak berada dalam dunianya sendiri.
Menurut ibu J, anak perempuannya ini cenderung melukis. Dalam banyak banyak lukisannya dahulu, dia selalu melakar satu mahkluk yang sangat serabut ; rambut tak bersikat, kecil seperti budak dengan baju compang camping. Tapi tak pernah kelihatan wajahnya dengan jelas kecuali lidah yang terjelir keluar.
Itulah lukisan yang paling banyak dilukis dan setiap kali melukis lukisan itu, J tidak akan mahu tidur di biliknya sendiri.
Tahun berganti. J kini sudah berusia 10 tahun dan sudah boleh berbicara. Dia pun sudah bersekolah dan menurut ibunya, pergaulan J semakin baik.
Satu malam, semasa berehat, J lontarkan soalan kepada ibunya.
"Kau tahu apa dia tanya aku?", tanya ibunya dalam perbualan telefon kami, semalam.
Menurut ibu J, anaknya bertanya adakah dia percaya hantu dan pernah nampak hantu.
"Bila aku tanya balik kenapa kakak cakap macam tu, dia jawab aku. 'Dalam rumah kita ada budak kecil. Perempuan. Kecil je mak," katanya sambil mengingatkan dia semula tentang lukisan lukisan lama yang selalu diconteng masa kecil.
J tambah lagi: "Selalu dia ada kat sliding door, tengok kita. Lidah dia kan mak, panjang. Takut."
Aduh, saya pula yang meremang. Buat hal betullah, tengok dari sliding door. Tak akan terbang pula sebab setahu saya kediaman rumah teman itu jenis kondo dan berada di tingkat 11.
Nak cakap anak jiran, tak akan masuk tak melalui pintu pula kan.
Memang buat hal la teman saya ni. Saya tanya dia berkali kali. "Anak kau berhalusinasi tak?"
Sentaplah sekejap teman saya. Dia kata dia sedarlah anak dia istimewa, tapi sebagai ibu dia punya naluri anaknya tak berbohong. Dia percaya apa yang anaknya cakapkan. Cuma katanya lepas anak dah beritahu, dia sendiri seram juga nak lalu balkoni dan sidai kain.
"Bayangkan kalau dia tangkap peluk aku pulak!" Eh teman saya ni dah melalut ke situ pula. Tapi saya yang dengar pun seriau. Saya harap teman saya cepat pergi mendapatkan pertolongan daripada yang pakar seperti ustaz ke yang boleh membantu mereka.
Kredit Foto: Times of India
#Anak #Hantu #Autisme #Rumah #Keliwon
;