Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#Keliwon: Ilmu Hitam, Psiko & Hantu, Ini 5 Filem Seram Pelbagai Negara Yang Wajib Anda Tonton!

Azwa Rahman
24/06/2021 14:35 MYT
Jika anda sedang mencari-cari filem untuk ditonton bagi mengisi masa lapang sambil duduk di rumah, apa kata cuba lima filem seram ini.

Terdiri daripada pelbagai genre, negara dan tahun, di sini Gempak senaraikan lima filem seram yang anda harus tonton hujung minggu ini.

Nak tambah lagi seram, apa kata anda mula menontonnya pada malam Keliwon ini.

Jika anda seorang yang penakut, pastikan anda menonton filem-filem ini bersama keluarga atau teman.

1. Kafir: Bersekutu Dengan Setan (2018)

Filem seram Indonesia ini mengisahkan sebuah keluarga diganggu kelibat yang menyeramkan setelah kematian bapa mereka. Seorang pengamal ilmu hitam yang sesat di kampung mereka dikata ada kena-mengena dengan kejadian yang berlaku.

Ia dibintangi oleh pelakon berbakat Puteri Ayudya, Sujiwo Tejo, Rangga Azof dan Nadya Arina.

Level keliwon: 3/5

2. Susuk (2008)

Susuk merupakan sebuah karya tempatan yang diarahkan oleh Amir Muhammad dan sutradara Iran Naeim Ghalili.

Filem ini mengisahkan seorang jururawat, Soraya yang ingin menjadi terkenal. Dia diperkenalkan dengan amalan susuk yang mungkin dapat memudahkan jalannya untuk popular dalam industri seri.

Filem ini dibintangi oleh Ida Nerina, Diana Rafar, Adlin Aman Ramlie, Datin Sofea Jane, Hairie Othman dan ramai lagi.

Level keliwon: 3/5

3. The Woman In The Window (2021)

Filem bergenre misteri thriller ini mengisahkan seorang doktor, Anna Fox yang berdepan gangguan agoraphobia iaitu perasaan takut untuk keluar dari rumah.

Setiap hari, dia menjadikan aktiviti mengintai jirannya sebagai hiburan dan tidak lama kemudian, dia menyaksikan sebuah pembunuhan yang berlaku di sebuah rumah.

Kisah misteri ini dibintangi oleh pelakon hebat Amy Adams, Julianne Moore, Gary Oldmam, Wyatt Rusell dan ramai lagi.

Level keliwon: 2/5

4. Insane (2016)

Filem Korea yang bergenre psiko thriller ini mengisahkan sebuah hospital sakit jiwa yang beroperasi secara rahsia bagi menjalankan kegiatan yang tidak bermoral.

Pasti ada pemuda ataupun gadis yang diculik untuk dimasukkan ke dalam hospital ini secara paksa.

Filem ini dibintangi pelakon hebat Kang Ye-won, Lee Sang-yoon, Choi Jin-ho, Yoo Gun dan ramai lagi.

Level keliwon: 3/5

5. Roh (2019)

Filem indie seram ini mengisahkan kehadiran seorang kanak-kanak perempuan aneh yang membawa ramalan ngeri kepada sebuah keluarga miskin dalam hutan zaman dahulu kala.

Bermula daripada situ, kejadian aneh mula menghantui mereka sekeluarga.

Diarahkan oleh Emir Ezwan, filem ini dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Farah Ahmad, Nam Ron, Mhia Farhana, June Lojong, Junaidah dan Putri Qaseh.

Level keliwon: 3/5

#Keliwon #Filem seram best #Filem seram Indonesia