Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Kelly Azman Rakam Lagu Ketuhanan Sempena Ramadan - "Saya Nak Lengkapkan Semua Genre Nyanyian Saya"

Amri Hassan
06/01/2023 06:55 MYT

Artis versatil, Kelly Azman bakal merakamkan lagu berkonsep ketuhanan yang akan dilancarkan pada Ramadan tahun ini.

Kata Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 46, lagu terbabit merupakan ciptaan sepenuhnya sendiri.

"Tahun ini saya berhajat nak rakamkan lagu ketuhanan dan mencipta lagu untuk diri sendiri serta beberapa orang artis lain.

"Manakala untuk lagu ketuhanan, saya sendiri yang akan cipta dan tulis lirinya. 

"Lagu terbabit akan dirakamkan pada hujung Januari namun tajuk masih dalam perbincangan," katanya kepada Gempak.

Tambah Kelly yang juga juri All Together Now Malaysia itu lagi, keputusannya untuk merakamkan lagu berkonsep ketuhanan demi melengkapkan profil karier seni suaranya.

"Saya nak ada semua genre dalam profile karier saya, lepas ini mungkin nak cuba lagu irama Malaysia dan rap.

"Selain lagu ketuhanan, saya juga akan membikin lagu raya yang dicipta bersama komposer muda berbakat besar, Alif Iskandar," tambahnya.

#Lagu #Kelly Azman #ATNM #Ketuhanan