Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
KELUANG MAN

Keluang Man Takluk Stadium Nasional Bukit Jalil, Suara Emas Krisya Bergema Hiburkan Penonton

Khairil Khusyairi 27/04/2025 | 04:50 MYT
Stadium Nasional Bukit Jalil bergema dengan sorakan lebih 40,000 penyokong semalam ketika perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/2025 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC.
Namun, bukan sahaja aksi di padang yang mencuri tumpuan, tetapi juga kemunculan istimewa dua artis iaitu Nas-T sebagai Keluang Man dan Krisya, penyanyi runut bunyi filem Keluang Man.
Kemunculan Nas-T dan Krisya di pentas final Piala Malaysia bukan sahaja menghiburkan penonton, tetapi juga mempamerkan industri filem tempatan boleh digabungkan dengan acara sukan utama negara.
Lengkan dengan kostum dan gaya langkah penuh yakin, Nas-T sebagai Keluang Man menerima sorakan gemuruh daripada para penyokong kedua-dua pasukan.
Ramai seolah tidak menyangka akan melihat adiwira tempatan itu muncul secara langsung di hadapan mata, apatah lagi dalam acara sebesar final Piala Malaysia.
Filem Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Peminat setia serta penonton generasi baru juga boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.
Nantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam seluruh negara pada 29 Mei 2025.
#Filem #Sukan #Malaysia” #Man” #Kemunculan #Krisya #“Piala #“Keluang #Takluk