KELUANG MAN
Keluang Man Tanda Kejayaan Inovatif & Berani Astro Shaw Dalam Industri Perfileman Malaysia
Filem superhero ikonik negara, Keluang Man boleh disifatkan sebagai satu karya yang bukan dihasilkan semata-mata untuk mengejar kutipan box office.
Kejayaan Keluang Man merentasi pelbagai platform
Memilih untuk melangkaui naskhah daripada kebiasaan, Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata filem ini merupakan langkah serius Astro Shaw dalam mencorak hala tuju baharu buat industri perfileman negara.“Kami boleh sahaja pilih jalan selamat dan hasilkan filem-filem bergenre aksi atau kepolisian.“Daripada sudut pandang perniagaan, Keluang Man memperkenalkan banyak perkara baru buat industri filem tempatan. Ini merupakan filem ‘post-modern’ yang pertama. “Kami bawakan sebuah jenama animasi yang besar dan cuba menjadi jambatan kepada generasi baharu dan lama.
“Namun, jika fokus kami ke arah filem seperti itu sahaja, bagaimana kita nak berkembang dan perkenalkan sesuatu yang baharu di dalam industri.
“Astro Shaw mahu terus menghasilkan idea yang segar dan berani,” katanya ketika ditemui Gempak.
Terokai perkara baharu
Jelas Jastina lagi, pemilihan Keluang Man dibuat dengan mengambil kira pelbagai resiko dan kemungkinan.“Insya-Allah penonton tempatan dapat melihat sesuatu yang segar dalam industri ini. Kami mahu jadi taman permainan untuk industri kreatif,” katanya.“Keluang Man adalah langkah pertama kami untuk perjalanan yang lebih besar. Ia lebih dari sekadar kutipan box office. “Pada masa sama, kami berani mengambil risiko yang telah dipertimbangkan. Itu yang membuatkan kami berani untuk terokai perkara baharu.
Keluang Man diterbitkan oleh penerbit terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Keluang Man dibintangi oleh Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin.
Keluang Man diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, penulis Kahar : Kapla High Council serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.
Naskhah ini menandakan kemunculan pertama Anwari sebagai pengarah filem.
Saksikan Keluang Man di pawagan seluruh negara.
Ikuti siri jelajah Keluang Man pada 13, 14, 15 Jun di Terengganu dan Pahang, 20, 21, 22 Jun di Klang Valley.
Pelbagai kolaborasi kreatif dilakukan bagi memberikan pengalaman superhero original pertama Malaysia melangkaui layar.
Antaranya kolaborasi’ Wonda Kopi Kluang’, ‘Wonda-ful Keluang Man Burger’, ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, ‘Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor’, ‘Keluang Man dan Fung Keong’, ‘Keluang Man dan Abstrax’.
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di platform media sosial TikTok, Instagram, X, Facebook akaun Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Sinopsis:
Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit di Hospital Tumpoi sering melarikan diri dari hospital di malam hari.
Apabila sejarah lamanya menghantui, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula berniat membalas dendam, dan tanpa sengaja, Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man
Must-Watch Video