Minggu kedua bertemakan ‘Sama Naik’ menyaksikan bintang Gegar Vaganza (GV) 7, Haslinda tersingkir selepas memperoleh markah terendah sebanyak 49.70 peratus.

Haslinda yang terkenal dengan lagu Sehati Sejiwa menerusi OST drama bersiri Cinderella itu tenang ketika namanya tidak disebut pada pusingan ‘Ada Lagu Ada Lagi’.

Bagaimanapun menurut Haslinda, dia reda dengan keputusan tersebut dan menyifatkan juri lebih arif dalam menilai potensi kesemua bintang GV7.

Malam ini 13 bintang GV7 bakal meneruskan cabaran dalam minggu bertemakan ‘Cobaan’ dan kesemua mereka dikehendaki menyanyikan lagu di luar ‘comfort zone’ masing-masing.

Mampukah Mus, Noraniza Idris, Yantzen, Ayu Damit, Rozita Izlyn, Linda Nanuwil, Asyira, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Oja, Aju (vokalis kumpulan Success) Nomad, Indigo dan Eva menyampaikan tugasan mereka malam nanti?

Adakah kedudukan peserta pada pusingan 'Ada Lagu Ada Lagi' akan kekal sama? Siapa pula yang bakal meninggalkan pentas GV7?

Apa pun ini senarai lagu yang bakal dinyanyikan para bintang:

COBAAN tema konsert #GegarVaganza7 minggu ni ? @nabilzira & @jihanmuse dah ready ke tu? Siapa yang paling korang tak sabar nak tengok malam esok? . SIARAN LANGSUNG SETIAP AHAD, 9 MALAM di Astro Ria, dan strim Gegar Vaganza menerusi Saluran 104 & 123, aplikasi Astro GO atau Ultra Box! Ketahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo #JomKitaOnAstro . Korang juga boleh langgan Pek Starter Astro sekarang dan saksikan siaran langsung sepenuhnya! Layari astro.com.my/shop . #GV7 #MaraSuaraMembara #GegarVaganza2020

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on


Good luck bintang GV7! Tak sabar pula nak tengok hos Jihan Muse dan Nabil menyanyikan lagu ‘Sedap’ nyanyian asal Ani Mayuni, entah macam mana mereka bergelek nanti…

GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Program reality popular ini turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7 bermula 11 Oktober 2020.