Berita
“Keluar Dari Perut Yang Sama Belum Tentu Sama Sikap” - Kakak Aliff Syukri
Kakak kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Noor Hayati meminta agar pengguna laman sosial berhenti mempopularkan individu yang secara terang-terangan mempermainkan agama.
Menurut Noor Hayati, strategi pemasaran adiknya, Aliff Syukri yang dianggap berlainan dengannya sebagai 'sesuatu yang salah'.
"Berat rasa nak menaip. Nanti ada yang cakap acah-acah baik... tapi, kita sebagai netizen kena berhenti berkongsi dan mempopularkan mereka yang terang-terangan memainkan agama dan tukar jantina ini.
"Kita menggalakkan lagi mereka untuk bersaing,cerita siapa yang lebih tular. Itu yang mereka nak dan remaja-remaja yang sedang mencari identiti diri, akan terikut,"tulisnya
Netizen memenuhi ruangan komen dengan memuji pendirian Noor Hayati itu, namun ada yang tidak mampu menahan diri daripada membangkitkan tindakan Aliff Syukri yang merakamkan lagu duet dengan Nur Sajat sebagai strategi pemasaran.
Membalas komen tersebut, Noor Hayati yang merupakan Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi berkata, dia sendiri tidak bersetuju dengan perkara itu.
"Yang salah tetap salah. Keluar dari perut yang sama belum tentu sikap pun sama.
"Mudah-mudahan kita semua dipandu ke arah yang betul dan baik," tulisnya.
Must-Watch Video