gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aril Pilus Cabar Diri Anjurkan Konsert Muzik Kita!, Angkut Butterfingers, Nosstress & Monoloque - "Awalnya Agak Kabur Sebab Saya Juga Selebriti Tapi ..."
VIRAL
Sistem AI Kenderaan Elektrik Sangka Pemandu Mengantuk Kerana Saiz Mata Kecil
BERITA
Pemuda Taiwan Hilang Kaki Gara-Gara Tipu Insurans
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Keluar Dengan Jantan, Balik Rumah Mabuk”- Afiq Muiz Tuduh Isteri Curang, Nafi Kaki Pukul

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
30/03/2023
05:50 MYT
Sponsor Banner
“Keluar Dengan Jantan, Balik Rumah Mabuk”- Afiq Muiz Tuduh Isteri Curang, Nafi Kaki Pukul
“Isteri kalau baik tak apa, ini balik pukul 3 pagi, bau arak, keluar dengan jantan,” jawab pelakon Afiq Muiz kepada netizen selepas diserang warga net tentang sikapnya yang didakwa sengaja menggantung isterinya Pachara Apin tak bertali.
Semalam, Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahadeya, 32, telah memfailkan tuntutan cerai secara fasakh ke atas suaminya selepas digantung tak bertali selama dua tahun.
Bagaimanapun, Afiq atau nama lengkapnya Muhammad Afiq Muiz Azman Shah membuat satu pendedahan kononnya isterinya berlaku curang hingga mendorong dirinya bertindak tidak mempedulikan wanita itu selama dua tahun.
“Bukan mudah untuk buat keputusan dalam keadaan diduakan (dicurangi). Bukan mudah untuk hadap muka orang yang melukan hati," dedahnya.
Kenyataan itu diberikan Afiq dalam satu komen pengikut Instagram, Afiq selepas diserang warga net tentang sikapnya yang menggantung isteri tak bertali.
Malah rata-rata meminta dia menceraikan isterinya secara baik dan bukannya digantung tidak bertali selama dua tahun seperti yang didakwa.
“Kalau sudah tidak ada jodoh, lepaskanlah dia (Pachara) baik-baik. Jangan gantung tak bertali,” kata seorang netizen.
Ketika disoal sama ada benar dia telah memukul isterinya seperti apa yang diceritakan Pachara dalam Facebook dan TikTok pada tahun lalu, Afiq sekali lagi menegaskan bahawa dia telah difitnah, malah menyifatkan isterinya bukanlah wanita yang baik.
“Kepala otak kau pukul. Dia (Pachara) yang macam s*ndal keluar dengan lelaki, balik rumah mabuk,” kata Afiq.
Setelah ditaburi dengan pelbagai fitnah oleh Pachara, Afiq mengakui mengambil keputusan untuk tidak menganggap wanita asal Ranau, Sabah itu bukan siapa-siapa lagi dalam hidupnya.
“Setelah fitnah-fitnah yang ditaburkan, aku ambil pilihan dia bukan siapa-siapa dalam hidup aku,” jawabnya.
Ketika diminta seorang netizen untuk segera menceraikan isterinya, kata pelakon berusia 30 tahun itu, urusan perceraian akan diselesaikan di mahkamah.
Semalam, Pachara atau nama Islamnya Nur Aaira Mahadeya, 32, telah memfailkan tuntutan cerai secara fasakh ke atas suaminya selepas digantung tak bertali selama dua tahun.
Bagaimanapun, pelakon drama Bukan Kahwin Paksa itu tidak memberikan kerjasama apabila gagal hadir ke mahkamah sejak Pachara memfailkan tuntutan cerai secara baik pada 26 Ogos tahun lalu.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 April ini bagi prosiding seterusnya.
Terdahulu, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga.
Topic Berkaitan
#Isteri
#Afiq Muiz
#Curang
#Tuduh
#Nafi
#Kaki Pukul
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement