Keluar Ke Hulu Ke Hilir, Fara Mendoza Nafi Positif COVID-19 - "Saya Tak Bodoh, Saya Rebus Cengkih Pun Sebab ..."
Azwa Rahman
29/07/2021 09:10 MYT
29/07/2021 09:10 MYT
Pelakon kontroversi Fara Mendoza menafikan dirinya positif virus COVID-19 seperti yang diperkatakan oleh segelintir wargamaya di laman sosial.
Khabar angin yang menyatakan Fara positif bertiup kencang selepas dia memuat naik sebuah video sedang merebus air cengkih berikutan mengalami demam panas, selsema serta kehilangan deria bau dan rasa beberapa hari yang lalu.
Menurut pemilik nama sebenar Norfaralinah Md Yunus, 31, dia sudah dua kali melakukan ujian kendiri dan hasilnya adalah negatif.
“Jangan percayalah, itu semua fitnah. Saya negatif. Tak tahu mana datangnya cakap saya positif. Bukti takde, main cakap je.
“Saya cakap pasal effect lepas vaksin. Kena demam panas, selsema, macam takde deria bau sebab hidung tersumbat, saya ada buat live bagitahu itu kesan lepas vaksin. Yang diorang cakap saya positif kenapa? Makan pun kuat ni.
“Saya negatif! Itu effect lepas vaksin. Stop Fitnah! Saya tak bodoh lagi bila positif nak senyap dan ke hulu ke hilir keluar,” jelas Fara ketika dihubungi Gempak.
Tambah Fara lagi, lantaran mengalami masalah demam, selsema dan tiada deria rasa, ada pengikutnya yang mencadangkan agar dia merebus air cengkih.
“Ye, saya saja je nak try. Diorang yang komen suruh pergi rebus cengkih semua. Saya buatlah. Ingatkan takde deria bau tu “positif” rupanya, effect vaksin. Selepas tu dah boleh bau dah.
“Takde bukti pun tunjuk saya positif. Mana bukti? Ada ke saya tunjuk surat positif? Saya live, saya cakap effect vaksin.
“Elok je sekarang saya live hari-hari, makan kuat lagi. Ish, merepek je diorang ni. Jatuh fitnah,” ujarnya lagi.
Menerusi pemantauan Gempak di ruangan Instagram miliknya, ramai wargamaya meminta kepastian Fara jika dirinya positif virus tersebut.
Tampil meleraikan semua persoalan, Fara membalas setiap komen tersebut dengan menyatakan dia negatif COVID-19.