Keluar Masuk Kedai, Sarung Selipar Untuk Warga Emas? Tindakan Murni Budak Lelaki Ini Buat Netizen Tersentak!

Hanafis Haris
Mei 6, 2022 02:12 MYT

Terharu dan tersentak! Mungkin itu antara reaksi netizen apabila menyaksikan sebuah video yang memaparkan tindakan mulia sekumpulan budak lelaki.

Menerusi video yang tular itu, sekumpulan budak lelaki itu pada awalnya dilihat masuk ke dalam kedai selepas melihat keadaan seorang warga emas yang duduk di tepi jalan.
Namun, tidak lama kemudian, seorang daripada budak lelaki keluar membawa sepasang selipar untuk disarungkan pada kaki warga emas berkenaan.
Tidak hanya sekali, budak lelaki berkenaan turut menukar selipar tersebut berkali-kali untuk mendapat saiz yang sesuai.
Tindakan tersebut sekali gus membuatkan ramai netizen tersentuh dan pada masa sama tersentak kerana ia dilakukan oleh kanak-kanak kecil sahaja.
Rata-rata memuji tindakan murni budak lelaki berkenaan dan menyifatkan ia hasil didikan baik ibu bapanya.
Anda boleh lihat video berkenaan.

Inilah dikatakan akhlak yang mulia. Akhlak bukan boleh dibeli, tetapi dibentuk. tahniah buat ayah ibu anak ini. pic.twitter.com/IsM3209YmB

— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) May 5, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #warga emas #Selipar