“Keluar Pun Time Exam, Memang Best lah” - Pelajar Puji Projek: Anchor SPM, Related Betul Dengan Hal Sekolah
25/03/2021 11:49 MYT
Drama bersiri premium Projek: Anchor SPM, dilihat turut menarik minat pelajar sekolah yang sedang menduduki peperiksaan.
Kebanyakan mereka menganggap apa yang dipaparkan dalam drama tersebut sangat dekat dengan situasi mereka ketika ini.
Isu tekanan ibu bapa, budaya buli di sekolah mahupun niat untuk meniru ketika peperiksaan, semuanya ada dalam Projek: Anchor SPM.
“Isnin lepas nak tunggu Isnin ni macam setahun bagi aku. Tak sabar sangat”
“Tahniah Astro, kitorang tengah exam, so best gila lah. Keluar pun time exam, so wonderful. Bad genius? What is that, this is original lah”
“Cerita Projek: Anchor SPM ni relate jugalah dengan aku, best”
“Kena betul baru jawab exam, sekali keluar pula drama macam ni memang best” tulis beberapa netizen.
Pada yang terlepas menonton, anda boleh saksikan ulangan episod pertama dan kedua menerusi platform Astro GO atau On Demand.
Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.
Apapun, saksikan ‘Projek: Anchor SPM akan ditayangkan di saluran Astro Citra setiap Isnin, jam 9.00 malam.