HIBURAN

Keluar Shopping Dengan Aon Somrutai, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Lisa - “Masuk Air Juga Lisa Ni”

Asyraf Roslan 10/03/2025 | 13:55 MYT
Penyanyi, Lalisa Manobal mencuri perhatian netizen apabila muncul dalam sebuah video pempengaruh terkenal Thailand, Aon Somrutai.
Video yang dikongsikan di laman TikTok itu menunjukkan Aon dan Lisa sedang meluangkan masa bersama untuk membeli-belah.
“Masa untuk membeli-belah bersama teman baik saya. Tapi adakah ini sahaja nantikan,” kata Aon ringkas di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat ahli kumpulan BLACKPINK yang cuba meniru perwatakan Aon dengan menyebut perkataan “I want aurlll”
“Masuk ayaq jugak Lisa ni, hahaha.
“Lisa betul-betul enjoy dengan watak tu.
“OMG, Lisa so funny, love them aurlll.
“Lisa cuba untuk match Aon vibe.
“Lisa you are not serius” kata netizen.
Lebih mengelikan hati, apabila Lisa memberitahu bodyguardnya untuk menghubungi seseorang kerana dia mahu membeli pusat membeli-belah tersebut.
Pada masa sama, netizen juga terhibur apabila melihat bodyguard Lisa, Donny juga terjebak untuk merakam konten berkenaan.
Hantaran tersebut telah mendapat lebih kurang 5.9 juta tontonan dan 1.1 juta tanda suka sejak ia dimuat naik.