Hiburan

“Keluarga Dihina, Dicerca Sebab Miskin” - Beby Tora Dedah Pernah Dibuli Semasa Sekolah

gempak
Azwa Rahman
23/06/2020
06:57 MYT
Sponsor Banner
“Keluarga Dihina, Dicerca Sebab Miskin” - Beby Tora Dedah Pernah Dibuli Semasa Sekolah
Personaliti media sosial Beby Tora mendedahkan dia pernah dibuli, dicerca dan dihina ketika zaman persekolahan hanya kerana keluarganya hidup susah.
Menerusi laman sosial Instagram, Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie berkongsi luahan sedih tersebut untuk tatapan umum.
“Dulu kat sekolah kita selalu kena buli. Kawan-kawam banyak yang fake, depan kita baik belakang kita dia mengutuk. Yela, dulu kita miskin, busuk, baju pun lusuh, yuran sekolah pun selalu kita orang terakhir bayar.
dulu dkat skolah kita slalu kena buli .kdang2 nangis takmau p skolah ..kwan2 mmg bnyak yang fake ..dkat dpan kita dia baik pijak smut pun tak mati ,blkang kita dia boleh mngutuk ye ?yelah kita dulu miskin ,busuk ,baju pun lusuh ,byar yuran skolah pun slalunya kita orang trakhir byar huhuu ?tambah pulak kita takda ayah kan ..nak brkwan pun orng pndang rupa dn harta beb ..tapi Alhamdulillah Allah kasi kita jodoh awal ,rezeki lebih dripada orang lain supaya takda dh orang pndang rendah dkat family kita mcm dulu ?sakit beb bila kluarga kita dihina dn dicerca dpan orang lain ..kita buat keja mcm2 dulu tau ..kita susah beb dulu ..kluarga kita pun takda nak pakai kreta bagai ..umur 21 bru la dpat hdiah mak kita keta .hidup mcm orng biasa tapi tak prnah nak meminta kat orng lain .nak apa smua usaha sndiri ?tapi kita dh maafkan dh kwan2 yang suka buli kita dlu ?cuma kita nak pesan dkat kwan2 kita tu ..tak smestinya orang yang hampa pndang hina dan miskin tu ,akan slamanya jdi gitu ..mana tau kedepan nnti orang tu juga yang tlong hampa kan ?ataupun mana tau dia lebih brjaya dri hampa #kangconfirmdepassmasukgroupgosip
A post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on
“Tambah pulak kita takda ayah kan, nak berkawan pun orang pandang rupa dan harta. Sakit bila keluarga kita dicerca, dan dihina depan orang lain. Kita buat kerja macam-macam tau, kita susah dulu.
“Tapi alhamdulillah Allah bagi jodoh awal, rezeki lebih daripada orang lain supaya takda orang boleh pandang rendah dekat keluarga kita macam dulu.
“Umur 21 baru la dapat bagi hadiah mak kita kereta, hidup macam orang biasa tapi tak pernah nak meminta kat orang lain. Nak apa semua usaha sendiri.
“Kita nak pesan kat kawan-kawan yang suka buli kita dulu, tak semestinya orang yang hangpa pandang hina dan miskin tu akan selamanya di situ. Mana tahu ke depan nanti orang tu juga yang tolong hangpa kan,” tulis Tora menerusi ruangan kapsyennya.
Menerusi foto tersebut, Tora mengimbau kenangan memakai pakaian seragam sekolah dan bergambar bersama keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterimanya.
Tora mula bangkit menggunakan platform laman sosial untuk membuat kandungan ulasan makanan dan meraih ramai pengikut sehingga layak digelar ‘Instafamous’.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata pengikut terus memberikan semangat dan sokongan pada Tora untuk terus positif dan berjaya.
“Di sebalik ujian Allah dulu sekarang Dia bagi nikmat kesenangan hidup. Alhamdulillah semoga awak lebih kuat hadapi ujian Allah kerana itu tanda Dia sayangkan awak,” luah seorang wargamaya.
“Pergh, matematik A dan sains A+ la,” komen seorang wargamaya.
“Takpe Tira, awak elok dah berjaya atas usaha awak sendiri. Moga sentiasa dilimpahi rezeki yang luas dan tak putus-putus,” doa seorang wargamaya.
“Sabar ya kak, dalam dunia ni memang ramai yang dengki dengan apa yang kita ada,” sokong seorang wargamaya.
“Terus kuat sis, yang komen negatif tu Tora block je okay. Bukan mereka yang bagi beras kat kita,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Tora dan suaminya, Apit Johari telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2019.
Sehingga kini, akaun Instagram Beby Tora mengumpul hampir 560,000 orang pengikut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live