Siapa yang tak kenal Keluarga Iskandar? Boleh dikatakan ia antara drama komedi paling popular.

Sebab itu jugalah KITM dinobatkan sebagai drama bersiri keluarga paling berpengaruh bagi saluran Astro untuk dua musim.

Pengaruh drama ini telah melayakkannya menjadi ‘Siri Televisyen Komedi Terbaik’ bagi Anugerah Lawak Warna selama dua tahun berturut-turut.

Namun, bagi yang tidak tahu drama siri komedi ala 'mockumentary' ini telah pun dikeluarkan sebagai filem menerusi Keluarga Iskandar The Movie (KITM).

Biarpun hampir 100 peratus pelakon drama siri dikekalkan, namun jangan tak tahu filem ini turut menampilkan beberapa bintang popular.

Antaranya selebriti media sosial, Faizdickie dan penyanyi Nabila Razali.

Lebih mengejutkan seorang pelakon hebat juga turut membuat kemunculan di akhir filem ini.

Siapa dia anda kenalah tontonnya menerusi Astro First di saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk rekod, KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.