HIBURAN
“Keluarga Rapat Pun Tak Boleh Dipercayai” - Diana Danielle Puas Hati Abang Bas Sekolah Ditangkap
Pelakon, Diana Danielle menyatakan rasa puas hati selepas pihak polis menahan seorang pemandu bas lelaki yang memuat naik video membuat konten ‘crush’ bersama penumpangnya yang merupakan murid sekolah pada Jumaat.
Sebagai ibu, Diana puas hati
Bagaimanapun Diana, menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya meluahkan rasa geram dengan alasan yang diberikan oleh lelaki berkenaan.
Diana menegaskan tindakan merakam wajah kanak-kanak tanpa kebenaran tetap merupakan satu kesalahan.
Sebelum itu, tular beberapa video yang memaparkan seorang pemandu bas yang mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok, merakam beberapa murid sekolah perempuan yang dianggap pemandu bas tersebut sebagai ‘crush’ atau seseorang yang diminati atau disukai secara romantik.
Kesemua video yang dirakam sambil memandu itu memaparkan wajah murid-murid tersebut dengan jelas.
Kumar berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seskyen 15 (a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seskyen 15(2) Akta Kanak 2001.