Keluarkan Album Terakhir Berjudul Rojak, Faizal Tahir Buat Peminat Terkejut

Azwa Rahman
Julai 25, 2019 10:24 MYT
Penyanyi dan komposer Faizal Tahir meninggalkan tanda tanya kepada peminatnya hari ini apabila bakal keluar dengan album terakhir yang diberi judul Rojak.
Berkongsi berita itu di laman sosial Twitter, Faizal memuat naik sebuah video berdurasi 23 saat untuk menceritakan tentang album terbarunya itu.
“Kita semua di Malaysia ni adalah Rojak. Orangnya Rojak, budayanya Rojak dan bahasanya Rojak kerana ia sangat menarik.
“Sebab tu saya memilih nama Rojak untuk album ni. Kerana ia melambangkan Malaysia. Satu benda lagi pasal album ni, ia merupakan album terakhir saya,” ujarnya menerusi video tersebut.

Terima kasih. My last album ever. #WeRojak pic.twitter.com/jZq1KWu737

— Faizal Tahir (@faizal_tahir) July 24, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Khabar itu rata-rata mengejutkan peminatnya di laman sosial.
“Don’t bid farewell just yet, I haven’t witnessed your stage presence. If you even want to end it all, please hold a proper Rojak concert for all of us,” pinta seorang netizen.
“Please tell me you’re just kidding…,” komen seorang netizen yang mahu Faizal terus berkarya.
“Bang Faizal taknak buat concert ke untuk last perfom.. Serius nak pegi kalau bang Faizal buat,” tanya seroang lagi.
Ramai yang tertanya-tanya adakah Faizal mahu mengikut jejak langkah Altimet yang secara rasmi mengumumkan persaraannya awal tahun lalu.
Kali terakhir Faizal menghasilkan album adalah pada tahun 2016 berjudul Anatomi. Antara beberapa lagu popular dalam album ini adalah Assalamualaikum, Sejati dan Sayang.
Video daripada Faizal itu sehingga kini menerima hampir 9,000 ulang kicau daripada netizen.
#Album #Selebriti #muzik