“Kemain Orang Geli, Sebenarnya Ada Jawapan…”- Nabila Huda Respon Isu Kongsi Makanan Dengan Kucing
Mya Amri
29/03/2023 08:50 MYT
29/03/2023 08:50 MYT
Pelakon Nabila Huda tampil memberikan respon terhadap komen negatif yang diterima berkenaan isu berkongsi makanan dengan kucing kesayangannya, Akiko.
Nabila menerusi ciapan di akaun Twitter miliknya menyatakan dia memilih untuk menghormati bulan Ramadan dan menyimpan jawapan berkenaan isu tersebut.
“Kemaen orang komen geli fasal Abil kongsi susu dengan kucing. Sebenarnya Abil ada jawapan nak jawab kepada semua.
“Tapi bulan Ramadan… Jawapan itu agak sensitif. Tak apa, saya simpan… Rasa tak manis pula sebab jawapan tu boleh buat orang imagine dan malu sendiri nanti,” maklumnya.
Terdahulu, nama Nabila menjadi buaalan netizen selepas berkongsi video yang merakamkan dirinya sedang menikmati bijirin sambil berkongsi susu dalam satu mangkuk bersama kucingnya.
Ada yang menyambut baik video tersebut dan tidak kurang juga memberikan kritikan serta menyatakan rasa geli.
Sehingga kini video tersebut telah meraih lebih 700,000 jumlah tontonan di Instagram.