Kemalangan Jeremy Renner Buat Chris Hemsworth Fikir Tentang Mati
Maliah Surip
08/06/2023 06:55 MYT
08/06/2023 06:55 MYT
Bintang Thor: Love and Thunder, Chris Hemsworth mengaku kemalangan yang menimpa sahabat seperjuangannya, Jeremy Renner telah mengubah cara pemikirannya.
Hemsworth, 39, mengatakan dia kini mula berfikir bahawa kematian boleh terjadi pada bila-bila masa kepada sesiapa sahaja.
“Saya fikir sekarang jika kami menyedarinya ia seperti ‘wow salah seorang daripada kami atau sesiapa sahaja boleh meninggal dunia pada bila-bila masa,” kata Hemsworth seperti dilaporkan UsWeekly.
Renner mengalami patah 30 tulang ekoran digilis mesin bajak salji di kediamannya di Nevada, Amerika Syarikat pada awal Januari lalu. Sehingga kini bintang Avengers tersebut masih dalam proses pemulihan.
Aktor itu juga dipetik berkata pada usia sekarang, mereka semakin ‘mudah’ kehilangan orang tersayang.
“Kita berada pada fasa usia mula kehilangan banyak orang yang disayangi,” katanya ringkas.
Hemsworth diketahui sangat menitikberatkan soal kesihatan selepas mendapati dirinya mempunyai genetik penyakit Alzheimer yang diwarisi daripada keluarganya.