Drama bersiri premium KUASA hampir tiba di kemuncaknya!
Pada episod ke enam hari ini, Dharma menjadi tumpuan apabila ibunya Puan Sri Lily membuat keputusan mahu melantiknya menjadi pengarah filem Sinar Wira.
Namun adakah pelantikan itu bakal dipersetujui adik beradiknya yang lain yang selama ini telah mengusahakannya sejak dari mula?
Selain itu, Dharma yang sebelum ini menyiasat punca dia terlibat dalam kemalangan bersama isterinya telah menemui jawapannya.
Dharma dalam episod kali ini dikatakan bakal mendapat tahu siapa disebalik kemalangan yang menyebabkan kematian isterinya, Natalie.
Siapakah dalang disebalik kemalangan itu atau adakah ia benar-benar kemalangan yang tak dirancang?
Saksikan KUASA yang akan ditayangkan malam ini! Apakah lagi drama keluarga Tan Sri Dhameer kali ini?
Jangan lupa saksikannya dalam episod malam ini pada jam 9.00 malam di saluran Astro Citra.
KUASA yang mengetengahkan kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan.
Astro Originals ini membariskan gabungan pelakon senior dan baru seperti Nazim Othman, Nadia Brian,Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham dan Azri Iskandar.
KUASA menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.
Saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra setiap hari Isnin pada jam 9.00 malam, bermula 11April ini. Anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Syafiqah Jalal
Mon May 16 2022


Iqbal Kongsi Amalan Kekal Berjaya, Dedah Baca Surah Al-Fatihah Saat Menangis Minta Simpati Daripada Allah
Ini tips kejayaan Iqbal
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Pernah Dapat Gambar K**ek Pagi-Pagi" - Tiz Zaqyah
Takutnya dengar cerita Tiz Zaqyah

Rakan Dah Minta Saman Dari Awal, Tapi Puteri Sarah: “Siapa Nak bayar? Perempuan Tu Tak Kerja, Bapak Dia Ada Sakit”
Ini kisah rakan Puteri Sarah

Pawagam Larang Gentleminions Masuk Wayang Tengok Minions
Prekuel filem Minions: The Rise of Gru sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

"Mesti Teringat Zaman Suami Isteri"- Suruh Move On, Netizen Minta Abby Abadi Tak Selalu Jumpa Norman
"Cerai pun sebab dicurangi"- Netizen

Telefilem & Dokumenari Menarik Untuk Anda Saksikan Di Astro Oasis Sepanjang Hari Raya Aidiladha Tahun Ini
Rancangan menarik Hari Raya Aidiladha

Alan Walker Turun Sarawak Sempena Borneo Music Festival Live 2022!
Alan Walker popular dengan lagu Faded!

Penggambaran 35mm Pernah Dihentikan Sebanyak Dua Kali Sebab…
Cabaran membawa hasil yang baik

"Lepas Ada Anak, Saya Fikir Pendidikan Agama Islam Untuk Masa Depan" - PU Riz Perkenal Islah Junior
Ada apa dengan Islah Junior?

"Kisah Wayang S**l..." - Nam Ron Dedah Situasi Sebenar Industri Filem Yang Ramai Tak Tahu
Nam Ron dedah realiti anak wayang.