Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kemalangan Ketika Berlakon Babak Lawan, Mata Sharifah Rose Bengkak!

Azwa Rahman
27/07/2022 08:07 MYT
Aktres baru Sharifah Rose terpaksa menghentikan penggambaran apabila wajahnya mengalami bengkak di bahagian mata akibat aksi lasak yang dilakonkan dalam beberapa babak berlawan.

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna berkongsi momen Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina, 23, untuk tatapan umum.

“Bengkak weh mata Rose teraccident masa shooting. Babak berlawan terkena kepala Syefik.

“Kita kesian dekat dia, dia boleh kata thank you dekat dia sebab semua wrap awal sebab dia,” tulis pengguna tersebut.

Dalam perkongsian berdurasi kurang 20 saat itu menunjukkan mata kanan Rose bengkak, lebam sehingga penggambaran terpaksa dihentikan.

undefined
Sementara itu di ruangan komen, mata bengkak Rose mengundang rasa simpati wargamaya yang rata-ratanya menitipkan ucapan semoga cepat sembuh.

Dalam pada itu, ada yang turut memuji keberanian Rose yang masih boleh tersenyum walaupun matanya hampir tertutup kerana bengkak.

@HiddenNur:Lainnya muka dia dari yang selalu tengok kat IG.”

@Ꮚ˘ ꈊ ˘ Ꮚ:kuat sangat tu sampai macamtu, wah terhantuk dinding pun dah sakit.”

@Lolillpoppp_:Aku baru nak cakap muka dia macam rose rupanya memang dia.”

@Bella:Please do checkup.. bahaya takut ada pendarahan ke apa @sharifahroses.”

@Cakecainex:Uish terhantuk bengkak sampai camtu sekali? bahaya tu.

Difahamkan Rose sudah pergi ke klinik untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 500,000 tanda suka daripada warga TikTok.

#Sharifah Rose #Kemalangan shooting #Sharifah Rose mata bengkak