Hiburan

Kemalangan Motocross, Black Stabil

gempak
Fiza Kamarudin
17/02/2020
10:41 MYT
Sponsor Banner
Kemalangan Motocross, Black Stabil
Penyanyi Black Hanifah dilaporkan stabil selepas terbabit dalam kemalangan ketika menyertai program perlumbaan motosikal lasak di Ulu Yam, Selangor.
Black dibawa ke hospital selepas mengadu sukar untuk bernafas.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Black terjatuh dalam pusingan pertama perlumbaan.
Isterinya, Naquia Yasirah berkata, Black dibawa ke hospital oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan diminta berehat sehingga keadaannya benar-benar stabil.
"Ketika dia terjatuh, dia tak boleh bernafas dan pihak APM membawanya ke hospital dengan segera," katanya.
Menurutnya, Black kemudian menjalani pemeriksaan termasuklah x-ray di hospital semalam.
"Kemalangan itu membabitkan bahagian dada hingga membuatkan dia sukar bernafas. Selepas menjalani x-ray didapati tidak ada bahagian tulang yang patah,” katanya.
Naquia berkata, itu bukan pertama kali Black terbabit dalam kemalangan ketika menyertai perlumbaan motosikal lasak.
Sebelum ini penyanyi itu pernah patah tangan dan terpaksa menjalani pembedahan.
"Kali ini dia tidak ditahan di hospital. Namun, doktor menasihatkan supaya kesihatannya dipantau dan sekiranya ada sebarang komplikasi dalam pernafasan dan sebagainya, rawatan susulan akan dijalankan," katanya.
Black yang menyertai perlumbaan motosikal lasak CKD MX Series di acara Ulu Yam mengejutkan pengikut-pengikutnya di Instagram selepas berkongsi foto dia dalam keadaan terbaring dan dikelilingi anggota paramedik APM.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live