"Kemaluan Lelaki Jadi Bahan Gelak" - PU Amin Tempelak Instafamous

Amri Hassan
Disember 6, 2018 06:10 MYT
Pendakwah bebas, Ustaz Amirul Amin menegur tindakan seorang instafamous wanita yang memuat naik video menjawab soalan berkaitan masalah seksual.
Jelas PU Amin, dia amat kecewa dengan perlakuan tersebut yang dianggap boleh meranapkan akhlak anak muda.
"Video lebih 400,000 tontonan. Saya berdukacita bila ramai netizen dan instafamous isi masa lapang dengan respon soalan luar dari fitrah manusia untuk dijadikan bahan gelak.
"Pengguna media sosial lebih dari separuh di Malaysia ini adalah remaja dan kanak-kanak.
"Jangan ranapkan akhlak anak-anak generasi kita dengan perkara sebegini.
"Teguran ini untuk kita bersama," tulisnya yang turut berkongsi rakaman video terbabit.
PU Amin menyeru orang ramai agar membendung penularan video seumpamanya yang boleh mendatangkan fitnah.
"Dalam video itu juga ada disebut kemaluan lelaki dengan dijadikan bahan gelak. Berhati-hati kawan-kawan.
"Nampak kecil dan bahan hiburan, kalau tidak dibendung dan ditegah, maka berlambak lagi video seperti ini dibuat secara halal," tambahnya.
Entri terbabit mendapat sokongan daripada netizen termasuk beberapa pendakwah popular seperti Ebiet Lew dan Aimaan Banna.
#Viral #Viral #Instafamous #PU Amin