Hiburan
Kemas Dan Teratur, Ini Cara Nana Mahazan Siapkan Anak Sekolah - “Macam Nak Pergi Berperang”
Penyanyi Nana Mahazan akui berasa risau apabila dua anaknya, Althea dan Aaqib sudah memulakan sesi persekolahan mereka hari ini.
Menurut Nana, sesi persekolahan kali ini agak berbeza memandangkan negara dilanda wabak pandemik COVID-19.
Sebagai langkah berjaga-jaga dan mematuhi SOP yang ditetapkan, Nana turut menyediakan kelengkapan selain bekalan makanan buat anak-anak kesayangannya.
Nana berkongsi perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya.
“Risau tetapi kehidupan harus diteruskan. Macam nak pergi berperang. Insha-Allah semuanya baik-baik belaka.
“Since kantin sekolah tak buka kenalah siapkan makanan hari-hari. Tak apalah mummy masakkan tak ada masalah.
“Macam tak muat je lunch bag tu, rasa macam nak bagi lugagge bag je. Okay mummy over.
“I love you both so much. Lama kot tak pergi sekolah, dah sunyi dah rumah. Cuti sekolah akhir tahun pun paling lama pun sebulan kan. Ni tiga bulan lebih tak sekolah,” tulisnya.
Foto yang dikongsi itu juga merakamkan Althea dan Aqib yang lengkap berpakaian sekolah dan dilengkapi dengan topeng muka serta pelindung wajah.
Terdahulu, Nana berkahwin dengan Raqeem Brian Abdullah pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Althea dan Aaqib.