,
Berita

Kematian Al Fateh: Pengasuh Menangis Teresak-Esak Di Kandang Tertuduh

Awani
13/09/2024
04:24 MYT
Seorang wanita yang didakwa membunuh bayi lapan bulan Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama minggu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini.
Menurut laporan Awani, tertuduh, Nor Afifah Abdullah Shuhaimi, 34 tahun, menangis teresak-esak di kandang tertuduh sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Teoh Shu Yee.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada ibu tiga anak itu kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian bayi lelaki itu di sebuah taska di Taman Kelemak Utama antara pukul 7.30 dan 8.30 pagi 6 September lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 dan 40 tahun, dengan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Ahmad Sazali Omar manakala tertuduh diwakili peguam Hermes Media Putra Ibrahim.
Mahkamah menetapkan 13 Nov bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan tertuduh yang berasal dari Endau, Johor itu direman tujuh hari bermula 7 Sept lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan memaklumkan seorang bayi lelaki berusia lapan bulan tidak sedarkan diri di sebuah taska di Taman Kelemak Utama.
Tertuduh yang mempunyai anak-anak berusia dua, enam dan lapan tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di taska berkenaan kira-kira 3.30 petang 6 Sept lalu.
Bapa bayi terbabit, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39 tahun, dilapor berkata pihak taska menghubungi isterinya memaklumkan anak tunggalnya itu tidak sedarkan diri.
Anaknya yang baru dihantar ke taska berkenaan sejak lima hari sebelumnya didapati berada dalam keadaan terkulai, mulut berdarah dan muka kebiru-biruan.
Menerusi sistem kamera litar tertutup, pengasuh berkenaan dilihat membedung, menyumbat botol susu, menutup dengan kain dan menekup muka bayi tersebut dengan bantal.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“10 Tahun Hidup Bersama, Sudah Tertulis Jodoh Sampai Di Sini Sahaja” - Cik Epal Sah Bercerai Dengan Jofliam

gempak
09/10/2024
03:03 MYT
Selepas sepuluh tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya usahawan dan pempengaruh, Cik Epal mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan bekas suaminya, Jofliam.
Hiburan

Mahu Jaga Aib, Fattah Amin Ada Simpan Rahsia Fazura - “Saya Pun Dah Bersetuju Untuk Tidak Failkan Nusyuz”

gempak
07/10/2024
09:55 MYT
Pelakon Fattah Amin mendedahkan bahawa dia ada menyimpan satu rahsia berkaitan bekas isterinya, Fazura.
Hiburan

Fattah Amin Sebak Terpaksa Tipu Anak, Keluar Rumah Atas Faktor Kerja - “Dia Nak Saya Balik Rumah..”

gempak
07/10/2024
07:55 MYT
Pelakon, Fattah Amin akui kesal apabila kemelut rumah tangganya bersama bekas isteri, Nur Fazura memberi kesan kepada anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.
Hiburan

Tiba Di Prosiding Kedua Kes Perceraian, Ini Harapan Fattah-Fazura

gempak
07/10/2024
02:00 MYT
Pelakon Nur Fazura menyatakan hantaran ‘quote’ yang dimuat naik pagi tadi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kemelut rumah tangganya.
Hiburan

Norman Hakim Kongsi Momen Terakhir Ibu Bersama Arwah Bapa - “Selama 48 Tahun Hidup, Tak Pernah Nampak Mak Keluar Air Mata”

gempak
07/10/2024
00:55 MYT
Pelakon, Norman Hakim mengimbas kembali momen terakhir sebelum bapanya, Zaidon Abdul Rahim meninggal dunia.
BorakSeeni