Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

"Kematian Tidak Boleh Diusik, Apatah Lagi Memberi Kucupan Terakhir" - Perkongsian Penolong Pegawai Perubatan

Badrul Hashim 24/03/2020 | 03:30 MYT
Perkongsian seorang Penolong Pegawai Perubatan, Mohd Noor Firdauz di laman Facebook miliknya benar-benar menyentak hati ramai yang membacanya.
Tulisan ringkas tentang kematian paling sunyi mereka yang pergi kerana wabak Covid- 19 mungkin mampu membuka mata ramai lagi rakyat Malaysia yang masih berdegil dengan arahan-arahan pihak berkuasa.
"Kematian paling sunyi.
"Tiada ahli keluarga dibenarkan mandi jenazah. Jenazah dibaluti (sealed) plastic tebal berlapis dan itulah lapisan kafan.
"Isteri, anak-anak, ahli keluarga atau sahabat tidak boleh menghampiri arwah ketika sakit. Saat kematian, langsung tidak boleh diusik, apa lagi memberi kucupan terakhir. Sakit yang bersendiri. Kematian yang sepi.
"Ahli keluarga hanya boleh solat jenazah ghaib. Dari bilik mayat terus ke kuburan. Di kuburan, tiada sesiapa dibenarkan menghampiri liang lahad.
"Dan kita semua masih ambil ringan tentang wabak ini," tulis Mohd Noor di Facebook miliknya.
Mohd Noor turut meletakkan hashtag #Covid19, #StayAtHome, #janganambilmudah dan #hanyasepitiadakamudisisi pada entri tersebut.
Entri Mohd Noor tersebut mendapat lebih 1,700 perkongsian yang rata-rata memahami erti tidak dapat bersama mereka yang pergi buat selama-lamanya.
#Kematian #Covid- 19 #Mohd Noor Firdauz
;