Laman Utama
Kembali Bekerja Selepas 10 Hari Berpantang, Netizen Tegur Vivy Yusof - “Badan Perlu Rehat, Ini Bukan Contoh Yang Baik”
Usahawan fesyen popular Datin Vivy Yusof mencuri perhatian ramai apabila kembali bekerja walaupun berada di dalam tempoh berpantang selepas melahirkan seorang bayi lelaki pada 22 November lalu.
Menerusi laman sosial Instagram, Vivy berkongsi dirinya memakai ‘baju kelawar’, berstoking sambil duduk di atas katil ditemani komputer riba dan anaknya, Idris Ali Shah disisi.
“Saya kembali bekerja semalam! Bersyukur boleh buat panggilan secara online sebab saya boleh berada di atas katil di dalam kaftan dan stoking #cameraoff.
“Idris ada bersama saya sepanjang masa mendengarkan kewangan kumpulan, status pengambilan dan pembangunan produk. Mulakan dia dari awal,” tulis Vivy di ruangan kapsyen.
Cukup dikenali sebagai seorang yang kuat bekerja, perkongsian tersebut bagaimana pun mengundang reaksi yang berbeza daripada pengikutnya.
Ada wargamaya yang menegur Vivy sepatutnya berehat sepanjang berada di dalam tempoh berpantang.
Malah, perkongsian mengenai bekerja semasa di dalam tempoh berpantang juga tidak harus dijadikan contoh.
“Vivy, apa yang awak cuba nak capai bila menidakkan yang badan awak perlukan rehat? Mempromosikan bekerja sewaktu tempoh berpantang juga bukan contoh yang baik. Dapatkan rehat. Nikmati tempoh berpantang dan bersama anak,” komen seorang wargamaya.
“Teringat masa saya berpantang 2 Dec 2020, berbengkung berlaptop. Tapi hati-hati puan Vivy. Saya pun terkena kejap saraf jem lepas pantang sebab masa pantang busy kerja walhal saya dah limit 3 jam tengok laptop. Sekarang dah masuk setahun, alhamdulillah dah okay. Betul orang tua cakap, masa pantang jangan tengok phone dan laptop lama,” luah seorang wargamaya.
“Kenapa awak tidak dalam cuti bersalin?” tanya seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 24,00 tanda suka daripada pengikutnya.
November lalu, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 34, menyambut kelahiran anak keempatnya.
Imbas kembali, Vivy mendirikan rumah tangga dengan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar pada tahun 2012.
Selain Idris, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.